MEMETIK kajian awal dari Pusat Perubatan yang berpangkalan di Wuhan, China mendapati individu mempunyai darah A dipercayai lebih mudah terdedah kepada jangkitan wabak Covid-19, berbanding mereka yang berdarah O.

Hasil kajian tersebut juga mendapati, sebahagian besar pesakit dari Wuhan dan Shenzhen, China yang dijangkiti virus berbahaya itu tergolong dalam kumpulan pesakit darah A telah meninggal dunia.

Hanya terdapat sebilangan kecil kumpulan pesakit berdarah O dilaporkan dijangkiti wabak tersebut dan meninggal dunia.

Pesakit dalam kumpulan darah A dinasihatkan untuk meningkatkan daya tahan tubuh bagi mengurangkan risiko dijangkiti.

Pasukan yang diketuai Wang Xinghuan, bagaimanapun berkata, kajian itu masih terlalu awal dan lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi membuktikan kesahihannya.

Iklan

Kajian yang diterbitkan di Medrxiv.org itu membandingkan lebih 2,173 jenis darah yang disahkan mempunyai kes positif Covid-19, di Wuhan dan Shenzhen dengan 3,694 penduduk yang bebas daripada virus itu di sekitar Wuhan.

Sekiranya anda dari kumpulan darah A, tidak perlu panik! Ia tidak bermaksud anda akan dijangkiti 100 peratus.

Iklan

Tidak bermakna juga individu berdarah O selamat daripada dijangkiti, anda juga masih perlu mencuci tangan dan mengikuti garis panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa.