BAHASA pertuturan sememangnya penting untuk memudahkan komunikasi. Tanpa bahasa, memang susahlah mahu bercakap kecuali mereka yang memahami bahasa isyarat.

Pun begitu, tahukah anda apakah bahasa pertuturan yang paling popular digunakan seluruh penghuni bumi?

Menurut laporan lingoda.com, terdapat lebih 200 bahasa yang dikongsikan ethnologue.com yang digunakan di seluruh dunia.

Sudah pastinya, Bahasa Inggeris merupakan bahasa paling dominan sehingga diberi gelaran bahasa global termasuk di Malaysia.

bahasa dunia

Selain Bahasa Inggeris, ada banyak lagi bahasa yang menjadi bahasa kedua dipertuturkan walaupun ada yang kita tidak pernah dengar nama apalagi gaya bahasanya.

Seperti yang disenaraikan oleh lingoda.com, berikut 20 bahasa yang paling ramai digunakan di seluruh dunia sepanjang tahun 2020:

1. Bahasa Inggeris
Seramai 1.13 bilion orang mahir berbahasa Inggeris di seluruh dunia menjadikan bahasa itu paling ramai digunakan. Bahasa itu dikatakan sebagai antara bahasa paling tertua di dunia yang berasal daripada sebahagian Bahasa Jerman Barat dan menjadi komunikasi penting pada zaman perdagangan dan budaya suatu ketika dahulu.

bahasa dunia

2. Bahasa Mandarin
Tahukah anda, seramai 1.12 bilion penduduk yang pandai berkomunikasi dalam bahasa Mandarin. Bahasa Mandarin juga dikatakan menjadi bahasa ketiga untuk subjek alternatif di kebanyakan universiti tempatan seluruh dunia. Nampak tak pentingnya bahasa Mandarin itu?

bahasa dunia

3. Bahasa Hindi
Seramai 615 juta orang direkodkan boleh berbahasa Hindi. Barangkali populasi dan faktor geografi negara itu antara yang paling ramai di dunia selepas China selain pengaruh filem Bollywood yang banyak membuatkan ramai pandai bertutur dalam bahasa itu termasuk rakyat Malaysia. Lagu-lagu Bollywood sememangnya menarik didengar oleh halwa telinga kita.

bahasa dunia

4. Bahasa Sepanyol
Hampir 534 juta orang boleh bertutur dalam bahasa Sepanyol. Bahasa itu juga adalah bahasa rasmi di Central Africa, Equatorial Guinea. Bahasa Sepanyok yang romantik itu dikatakan dijadikann sebagai akses komunikasi di 21 negara. Macam best kan belajar Bahasa Sepanyol? Lagu-lagu mereka pun menarik didengari. Namun, tidak semualah.

bahasa dunia

5. Bahasa Perancis
Siapa tahu berapa ramai yang pandai berbahasa Perancis? Berdasarkan rekod, seramai 280 juta orang yang boleh menguasai bahasa itu dengan baik. Bahasa yang penuh kompleks memberi cabaran dari segi sebutan. Boleh terbelit lidah dibuatnya. 45 peratus penutur bahasa itu difahamkan berpusat di Afrika sejak 2018 lagi.

bahasa dunia

Iklan

6. Bahasa Arab
Seramai 274 juta orang yang pandai bertutur dalam bahasa Arab standard.

7. Bahasa Bengali
Dikatakan seramai 265 juga penutur bahasa itu direkodkan pada tahun 2020.

8. Bahasa Rusia
Statistik menunjukkan, sebanyak 258 juta orang mahir dan menguasai bahasa Rusia.

bahasa dunia

Berikut 11 lagi bahasa popular yang dituturkan di dunia:

Iklan

9. Bahasa Portugis (234 juta orang)
10. Bahasa Indonesia (199 juta orang)
11. Bahasa Urdu (170 juta orang)
12. Bahasa Jerman standard (132 juta orang)

bahasa dunia 13. Bahasa Jepun (128 juta orang)
14. Bahasa Swahili (98 juta orang)
15. Bahasa Marathi (95 juta orang)
16. Bahasa Telugu (93 juta orang)
17. Bahasa Punjabi barat (93 juta orang)

bahasa dunia 18. Bahasa China Wu (82 juta orang)
19. Bahasa Tamil (81 juta orang)
20. Bahasa Turki (80 juta orang)

Nampaknya Bahasa Malaysia tidak tersenarai. Barangkali faktor rakyat negara ini yang hanya setakat 31.53 juta sahaja, menurut perangkaan tahun 2018.

Apapun, rakyat negara ini pun boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan Hindi termasuk Bahasa Perancis serta Sepanyol kerana kita terdiri daripada berbilang kaum. Hebat kita bukan?