Ini 5 petua mudah hilangkan bau hamis daging kambing. Mesti ramai yang tak sangka
SETIAP kali aktiviti barbeku atau kenduri-kendara, daging kambing antara menjadi pilihan utama.
Lagi-lagi kalau digandingkan dengan sos lada hitam dan kentang lenyek, memang layan.
Namun, sesiapa pun akan terputus selera kalau termakan daging yang masih berbau hamis.
Itu maksudnya, kambing berkenaan tidak dibasuh dengan baik.
Bagi mengelak tetamu terus mengata belakang, SinarPlus akan kongsikan cara penyediaan daging kambing yang enak tanpa bau tak menyenangkan.
Petua itu kami petik dalam perkongsian menerusi laman web, hajihalim.com.
Berikut kaedah yang digunakan:
1. Basuh daging kambing dengan air beras terlebih dahulu untuk menghilang bau hamis.
2. Kalau tak menjadi, boleh ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan ramas dengan sedikit air.
3. Kemudian rendam dengan daging dan bilas beberapa kali.
4. Tumbuk sedikit halia dan bawang putih. Perap daging untuk seketika dan cuci bersih.
5. Bau hamis pada daging akan hilang dan boleh masak seperti biasa.
Sementara itu, Roslan Mamak Haji dalam akaun Facebook pun ada muat naik tip simple yang boleh kita praktikkan bersama.
Antaranya adalah:
1. Rendam daging dalam air bancuhan tepung gandum.
2. Perah limau nipis atau lemon dan kemudian basuh dengan bersih.
3. Jika masih berbau, daging boleh direbus dengan cuka.
4. Kalau nak isi daging lebih sedap, perap daging dengan pes (halia, bawang putih, yogurt dan rempah kari daging) semalaman di dalam peti sejuk.
Mudah jer kan? Hanya guna bahan-bahan yang ada di dapur sahaja.
Ada juga orang guna air kelapa untuk rendaman daging dalam masa setengah jam sebelum dibilas dengan air.
Daging pun mudah masak dan lembut.
Okey! Selamat mencuba.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang