“KEBELAKANGAN ni rasa tertekanlah. Buat apa semua tak kena. Lagilah sekarang ni duduk terpisah daripada keluarga sebab perintah kawalan pergerakan (PKP), makin bertambah rasa sedih”

Jangan risau. Kalau anda rasa sedih cuba buat perkara ini untuk rasa ceria dan bahagia.

1. Ubah mindset

Mindset yang positif akan menjadikan kita seorang yang positif dan bahagia. Jadi perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila bangun tidur ialah set mindset anda untuk perkara-perkara yang positif.

Setiap kali bangun tidur, katakan pada diri ‘Hari ini hari terbaik aku. Aku ingin senyum dan bahagia sepanjang hari. Aku tak mahu sedih’

2. Bersyukur

Sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang kita ada sekarang ini. Jauhi sifat dengki atau cemburu dengan apa yang ada pada orang lain. Apabila kita cemburu dan tidak bersyukur dengan rezeki kita, itulah punca kita tidak bahagia. Percayalah bahawa kita akan dapat lebih lagi kalau kita bersyukur.

3. Dekatkan diri dengan Tuhan

Apabila kita sedih dekatkanlah diri dengan pencipta. Banyakkan beribadah untuk dapatkan ketenangan. Berdolah kerana setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Tuhan juga yang menjaga hati kita. Dia juga mampu memberi ceria dan bahagia pada kita.

Iklan

3. Cari motivasi untuk diri

Luangkan seminit dua pagi anda dengan membaca kata-kata motivasi. Ia mampu memberi anda semangat untuk memulakan hari. Dalam kehidupan ini kadang-kadang kita ceria, namun adakalanya juga kita menghadapi masaalah dan berasa sedih. Luangkanlah masa dan cari motivasi untuk diri sendiri.

Iklan

4. Melihat warna yang ceria

Tahukah anda dengan melihat warna-warna yang cerah ini mampu menceriakan kita? Ya ia mampu! Selalulah memandang warna-warna yang cerah seperti kuning, hijau, biru dan sebagainya. Anda juga boleh memakai baju yang berwarna ceria agar mood ceria dan positif akan datang pada anda.

Penulis: Suhaila Ali
Foto: Unsplash