Ini khasiat teh bunga yang ramai tak tahu

Ini khasiat teh bunga yang ramai tak tahu
Ini khasiat teh bunga yang ramai tak tahu
A
A
A

TEH bunga  atau juga dikenali sebagai Chrysanthemum tea sememangnya mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan. Tapi anda tahu tak teh bunga juga mengandungi banyak khasiat bukan sahaja untuk tubuh badan tetapi juga untuk kecantikan.

Jom tengok antara khasiat teh bunga untuk kecantikan yang Sinar Plus kongsikan.

1.Mengelakkan jerawat

Teh bunga kaya dengan antioksida, anti inflamasi dan anti bakteria yang amat sesuai dalam mengatasi jerawat.

Caranya adalah anda jadikan teh bunga ini sebagai toner harian. Mudah sahaja, anda hanya perlu buat air teh bunga seperti biasa. Kemudian, apabila air dah suam, ambil kapas dan tekap pada air teh itu. Setelah itu pakai pada kulit wajah seperti anda memakai toner biasa.

2.Memberikan kulit segar dan glowing

Siapa sangka teh bunga ini boleh memberi kesan segar dan glowing pada kulit. Anda hanya perlu jadikannya sebagai face spray harian. Masukkan air teh bunga dalam botol yang bersih. Spray pada wajah anda setiap pagi atau sebelum mekap. Anda pasti akan nampak perubahan pada wajah anda nanti.

3.Mengurangkan eye bag

Teh bunga ini mengandungi azulene yang bertindak memberi kesan sejuk, mengurangkan peradangan dan bengkak pada kulit. Sebab itulah teh bunga ini dapat mengurangkan lingkaran gelap dan eye bag pada mata.

Caranya mudah sahaja, hanya gunakan uncang teh yang sudah dibuat air. Biarkan sejuk seketika dan letakkan pada mata. Lakukanya secara harian untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

4.Mengatasi kelimumur dan menyihatkan rambut

Jika anda mengalami masalah kelimumur anda boleh mengunakan air teh bunga ini untuk mengatasinya. Caranya, buat air teh bunga dan biarkan ia sejuk. Setelah itu, bilas rambut dan kullit kepala anda. Urut kulit kepala dan biarkan selama 10 minit. Amalkannya untuk mendapatkan kesan yang cantik.

Pelbagai khasiat teh bunga untuk kecantikan yang boleh kita amalkan. Selamat mencuba!

Penulis : SUHAILA ALI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca