APABILA berlakunya pernikahan antara lelaki dan wanita lalu bergelar suami isteri, maka masing-masing akan mulakan sesuatu yang baharu dalam hidup.

Banyak benda baharu yang perlu dilalui antaranya pengurusan hidup dan keluarga yang baru serta tanggungjawab turut bertambah.

Kalau sebelum ini korang hanya ada keluarga sendiri sahaja tapi kini bila sudah berumah tangga perlu juga menyesuaikan diri dengan keluarga mertua pula.

Ini kerana bila sudah disatukan dengan sah, kita bukannya hanya berkahwin dengan pasangan sahaja malah termasuklah keluarganya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Banyak perkara yang perlu korang tahu selepas sahaja sah menjadi suami isteri antaranya;

1. Jangan halang atau larang isteri daripada balik ke rumah orang tuanya.

2. Jangan halang atau larang isteri daripada menjaga orang tuanya ketika mereka sakit.

3. Jangan halang atau larang orang tua isteri datang ke rumah kita.

4. Jangan halang atau larang isteri bagi duit kepadad orang tuanya.

5. Jangan halang atau larang isteri berbakti kepada orang tuanya.

6. Jangan sesekali menghina atau merendahkan keluarga isteri.

7. Jangan sesekali pisahkan isteri dengan keluarganya.

Kemesraan suami isteri

Iklan

Dalam pada itu juga, tiada isteri yang suka jika tugasnya sebagai seorang anak kepada orang tuanya dihalang suami.

Tiada isteri yang mahu jika suaminya memisahkan dia dengan keluarganya tanpa sebarang sebab musabab yang dibenarkan syarak.

Ingat, kegembiraan isteri penentu kebahagiaan dalam rumah tangga. Sekiranya kita melakukan perkara-perkara di atas asbab pentingkan diri sendiri atau menggunakan kuasa veto sebagai suami, maka ianya tidak akan menggembirakan isteri.

Isteri takkan teragak-agak untuk memilih keluarganya sendiri berbanding diri suami.

Bertoleransilah sebagai seorang suami.

Baca juga 7 peranan suami temani isteri bersalin, syaratnya lengkap vaksinasi, negatif ujian saringan

Isteri bukan hamba, yang setelah kahwin perlu mengabdikan diri sepenuhnya kepada suami, dia masih milik Tuhan.

Iklan

Sama macam suami, dia hanya amanah yang ALLAH titipkan kepada suami untuk disayangi, dididik kejalan yang diredhai dan suami sebagai pemimpin yang ALLAH perintah dihormati, dipatuhi oleh isteri selagi mana perintahnya tidak melanggar syarak, maka wajib isteri patuh.

Isteri perlu disayangi manakala suami perlu dihormati.

Sumber: Firdaus Shakirin