Ini petua rumah tangga kebal elak 'disondol', point nombor 5 suami wajib buat
Ini petua rumah tangga kebal elak 'disondol', point nombor 5 suami wajib buat
RUMAH tangga yang bahagia adalah impian setiap pasangan. Ikatan cinta yang dipenuhi dengan kasih sayang, rasa hormat dan penuh tolak ansur.
Namun dalam melayari bahtera itu, pelbagai rintangan dan dugaan datang menjelma. Ada yang diuji dengan kewangan, anak, mentua, orang ketiga dan sebagainya.
Dalam banyak-banyak dugaan tersebut, kehadiran orang ketiga adalah isu yang sering kita dengar biasanya menyebabkan berlakunya perceraian suami isteri.
Untuk mengelak perkara berkenaan berlaku, ini tujuh petua nak kebal dari pihak ketiga yang menyondol dan kekal harmoni dalam rumah tangga;
1. Sentiasa letakkan keyakinan dalam diri bahawa ALLAH memang mengurniakan pasangan terbaik bagi kita.
Jika belum rasa dia terbaik dan banyak jumpa kelemahannya, bantu dia perbaiki kelemahan tersebut. Kerana satu hari nanti ia berubah menjadi kelebihan dan akhirnya berperanan sebagai pasangan terbaik sepanjang usia kita.
2. Sentiasalah memberi berbanding hanya menerima.
Setiap hari kena renung semula, apa lagi kebaikan yang aku tak sumbangkan pada pasangan.
3. Sentiasa anggap konflik sebagai pintu mengenali pasangan dengan lebih akrab.
Baca juga ‘Kita isteri jangan kalah dengan skandal’, Bienda mohon wanita jangan lepas tangan, pantau suami
4. Sentiasa ingin berubah secara positif.
Walaupun perubahan kecil, tetap kita raikan bersama pasangan.
5. Sentiasa prihatin terhadap gerak hati isteri.
Suami yang cemerlang menghormati pendapat pasangannya terutama perihal dirinya dan kasih sayang rumah tangga.
6. Setiap malam kena saling bermaafan dengan pasangan sebelum tidur.
Minta maaf macam kita minta maaf waktu hari raya tau. Barulah kita tidur dengan tenang dan esok bangun dengan ringan dan cergas.
7. Tidak berlumba nak menentukan pasangan betul atau salah.
Apa yang penting adalah kebahagiaannya.
Tiada rahsia dalam rumah tangga, semuanya adalah soal dalam mencari keserasian, bertolak ansur, berusaha untuk membahagiakan serta sentiasa mengejar reda ALLAH yang mutlak.
Baca juga Jodoh tak panjang, ini perkara penting buat pasangan bercerai ambil tahu
Pasti, kita dapat wujudkan ‘taman syurga’ buat pasangan di atas dunia. Paling penting adalah kita berganding bahu bersama-sama menerokai kebaikan dalam diri pasangan dan diri sendiri.
Bila kita terlalu sibuk dengan pasangan maka tiada lagi ruang untuk sesiapa menyelinap masuk dalam rumah tangga kita. Biarpun kucing sendiri.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang