SOS pasta berkrim carbonara sentiasa menjadi kegemaran ramai terutama kanak-kanak. Rasa enak berlemak menjadikan ia menu pasta kegemaran nombor satu selain bolognese.

Campbell Cheong Chan (M) Sdn Bhd baru-baru menarik semula produk sos pasta berkrim carbonara cendawan jenama Prego keluaran Malaysia kerana didapati ia rosak.

Kredit foto: Freepik

Berikut 10 info berkaitan makluman itu yang anda perlu tahu:

1-Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penarikan semula itu dibuat selepas terdapat tanda-tanda kerosakan seperti bau tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah kepada produk berkenaan.

2-KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan turut menerima notifikasi dari syarikat Campbell Cheong Chan (M) Sdn. Bhd. yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di Malaysia.

3-“Pihak syarikat telah mengenal pasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan dan sedang dalam proses penarikan balik produk terlibat di pasaran secara sukarela.

4-“Produk yang terlibat dalam penarikan balik adalah Prego Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan (665 gram) dengan nombor batch 2022081716 bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22:18 hingga 23:20,” kata Dr Noor Hisham.

5-Bahagian keselamatan dan Kualiti makanan juga sedang memantau proses penarikan semula penjualan produk berkenaan di pasaran Malaysia.

6-KKM pada masa yang sama menggesa penjual untuk menghentikan penjualan produk berkenaan dengan serta-merta.

7-Manakala bagi pengguna yang sudah membeli produk tersebut hendaklah tidak memakan produk berkenaan.

8-Bagi mereka yang sudah mengambilnya pula diminta untuk berjumpa dengan pegawai perubatan sekiranya mengalami masalah kesihatan seperti gejala keracunan makanan, cirit-birit dan muntah-muntah.

Iklan

9-KKM juga menyarankan orang ramai untuk mengamalkan prinsip Lihat, Hidu dan Rasa bagi mencegah kejadian keracunan makanan.

10-“KKM sentiasa peka dan prihatin ke atas perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq, ”katanya.

Diharapkan anda yang terbeli sos carbonara dalam pek botol kaca 665 gram bernombor batch 2022081716 peka agar tidak memudaratkan diri dan keluarga.

Iklan

Sumber: KKM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi