Isteri baru lepas bersalin, ini 5 perkara penting perlu suami tahu, faham

nama anak
nama anak
A
A
A

CABARAN buat semua ibu hamil apabila perlu membawa kandungan selama sembilan bulan pastinya mempunyai jalan cerita pahit manis tersendiri.

Apatah lagi tatkala menghitung hari untuk melalui detik-detik bersalin.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Hakikatnya, pada masa itu, peranan seorang suami adalah watak utama dalam memberi sokongan moral sehingga anak selamat dilahirkan.

Malah bukan itu sahaja, ini lima perkara yang wajib suami tahu dan faham tentang isteri selepas bersalin (Post Partum).

1. Isteri akan kepenatan yang amat. Dia perlu baring, rehat dan tidur. Tenaga yang hilang perlu diganti semula untuk menyusu anak pula.

2. Buang air besar dan kecil kali pertama selepas bersalin itu akan jadi sakit pada isteri. Sakit itu sebab ada kawasan kemaluan dan serviks yang terluka. Boleh jadi juga sebab luka episiotomy.

3. Walaupun sudah bersalin, isteri tetap rasa sakit pada perut. Sebabnya rahim akan mula mengecut.

• Rahim akan ambil masa sehingga enam minggu untuk kembali ke bentuk asal. Rahim tidak terus kempis dalam masa sehari.

bayi

4. Ada darah nifas atau dipanggil Lochia.

• Berwarna merah selama satu hingga empat hari yang pertama.

• Jika darah merah turun lebih dari seminggu atau ada ketulan darah, baik rujuk doktor sakit puan yang berdekatan. Risau sudah ada jangkitan kuman.

Baca juga Beli kit ujian kendiri, vaksinasi Covid-19 boleh dapat pelepasan cukai pendapatan hingga RM1,000

5. Selepas bersalin, jangan pelik kalau emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba marah, tiba-tiba nak menangis.

• Perkara ni boleh terjadi dalam masa satu hingga dua minggu selepas bersalin.

• Suami wajib bagi sokongan, takut-takut melarat dan jadi Post Partum Depression.

Wahai suami, masa tempoh isteri berpantang, jagalah makan minum, rehat dan tidur isteri sebaiknya.

Luka bersalin boleh pulih, tapi yang lebih bahaya ialah tekanan pada emosi isteri.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr Redza Zainol

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca