Anak cedera dekat taska tapi pemilik lepas tangan, apa yang ibu bapa perlu buat? Peguam ini kongsi tip
Kes kecederaan kanak-kanak di taska acapkali muncul menjadi berita hangat di negara kita. Sepertinya isu ini tiada surutnya. Ibu bapa sudah pun membuat pilihan yang baik dengan meletakkan anak-anak di taska yang sepatunya dengan harapan dijaga disebaiknya namun perkara yang tidak diingini pula berlaku.
Jika keadaan di luar kawalan kita ini berlaku, apa yang ibu bapa boleh lakukan? Melalui perkongsian seorang peguam yang dikenali sebagai Syafiq di Tik Tok, ada beberapa tindakan yang ibu bapa boleh ambil bagi memberikan keadilan kepada anak.
Pertama sekali, ibu bapa perlu mendapatkan alasan bertulis terlebih dahulu dari pihak taska. Jangan terus marah-marah dan mengeruhkan lagi keadaan. Minta pihak taska memberikan kronologi tentang apa sebenarnya yang berlaku pada anak anda.
Kemudian, ibu bapa boleh minta pihak taska memberikan rakaman kamera (CCTV) yang ada di dalam taska bagi membuktikan apa yang dikatakan oleh mereka adalah benar. Tidak logik sekiranya semua CCTV rosak dikala waktu kejadian berlaku.
Selain itu, melalui kedua-dua tindakan di atas, ibu bapa boleh meminta pulangan semula wang yuran yang telah dibayar kepada taska atas insiden tersebut. Ini penting juga supaya tidak membebankan ibu bapa yang mahu menghantar anak ke taska lain.
Jangan lupa untuk buat laporan kepada pihak berkuasa tempatan bagi tindakan lanjut sebelum buat laporan terakhir di balai polis berdekatan. Berikan kerjasama sepenuhnya kepada mereka bagi memastikan keadilan berjalan dengan lancar.
Ada sedikit tips untuk ibu bapa semua sebelum memilih taska untuk menghantar anak-anak. Kajian terperinci perlu dikalukan sebelum membuat apa-apa keputusan. Sama ada melalui sosial media mahu pun borak-borak kosong bersama rakan-rakan pejabat. Kadang-kadang perkongsian dari rakan-rakan adalah lebih baik kerana ia adalah testimoni yang terbukti di depan mata.
Pastikan juga taska tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ya. Ada juga kes yang berlaku pada taska yang berdaftar tetapi proses tuntutan dan saman lebih mudah untuk dilakukan daripada taska yang tidak berdaftar.
Ibu bapa juga boleh membuat congakan nisbah penjaga dan kanak-kanak yang ada di taska sewaktu mengunjungi premis untuk sesi suai kenal. Dari situ, sudah boleh tahu ‘tanda merah’ pada taska tersebut.
Akhir sekali, pastikan ada perjanjian hitam putih antara taska dan ibu bapa. Jika di dalam perjanjian ada menyatakan pantauan CCTV 24 jam tetapi sewaktu kejadian berlaku sebaliknya maka ibu bapa boleh membuat tindakan undang-undang ke atas taska tersebut.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang