SEPERTI mana yang kita semua sedia maklum, bahawa perintah kawalan pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April. Justeru mungkin ada baiknya jika kita dapat belajar sesuatu yang bermanfaat di rumah.

Justeru, apa kata jika kita mengasah bakat menjahit manik. Mungkin dapat juga membantu menampung perbelanjaan dapur.

Bahan-bahan asas:

– Jarum jahit tangan
– Benang
– Gunting

– Manik/labuci (mengikut kesesuaian jenis manik yang dikehendaki)

Senang je kan nak sediakan bahan asas untuk nak menjahit manik di atas baju. Boleh jahit corak manik di atas baju yang kosong untuk tampak lebih menarik. Ada contoh jahitan yang korang boleh diikuti.

a) Sulaman manik Tabur

manik

Langkah pertama:

Cucuk di bahagian nak mula kemudian simpulkan di bahagian hujung benang

Langkah kedua:
Cucuk manik di hujung jarum dan mula menjahit manik di atas baju tapi jangan terlalu ketat sangat bila tarik jarum tu

Langkah ketiga:
Taburan manik di atas baju atau lengan baju adalah mengikut idea sendiri. Jahit sehingga manik penuh di tempat yang dikehendaki.

Langkah keempat:
Dah siap dah manik yang dijahit tadi, cantik kan?

b) Sulaman bunga dahlia
MANIK
Langkah pertama:
Mula-mula kita buatkan bulatan pada kain,selepas itu tandakan garisan di dalam bulatan empat garis seperti rajah di atas bagi memudahkan untuk langkah seterusnya. Tandakan A sampai H kemudian mulakan jarum dan benang pada tanda A.Selepas itu ambil labuci dan pastikan di bahagian depan dahulu dimasukkan ke dalam jarum, kemudian masukkan labuci yang diterbalik di bahagian belakang baju dan masukkan pula labuci saiz kecil dan manik kecil.

Ulangkan proses tadi sampai tiga kali. Akhir sekali, masukkan labuci di bahagian belakang dan masukkan jarum di tengah tanda bulatan.

Langkah kedua:
Buatkan proses kelopak bunga tadi dari tanda A,B,C,D,E,F,G,dan H. Pada bahagian tengah buat kelopak bunga dengan memasukkan manik besar. Jahit mati di belakang kain.

Iklan

Langkah ketiga:
Kemaskan bahagian jahitan korang. Dah selesai, cantik kan?

c) Sulaman manik bunga teratai
MANIK
Langkah pertama:
Untuk kelopak bunga kecil boleh guna 5 sen syiling untuk mengukur kebesaran kelopak bunga tersebut. Tandakan di tengah tu sebagai penanda aras titik tengah.

Langkah kedua:

Cucuk jarum di titik tengah tadi dan buat dua kali supaya jahitan tu kuat.

Langkah ketiga:
Cucuk jarum di bulatan tadi dan masukkan sebiji manik silinder diikuti dengan sebiji manik labuci yang di masukkan secara terbalik dan sebiji labuci dimasukkan secara biasa. Buat dua kali seperti dalam gambar.

Iklan
Langkah keempat:
Kemudia cucuk jarum di titik tengah dan keluarkan jarum tadi pada garisan yang seterusnya Ulang cara ini untuk 5 bahagian di atas dan matikan jarum di belakang.Langkah kelima:

Setelah selesai pada semua kelopak bunga kemas kan dan dah siap!

Mudahkan nak jahit manik sendiri di rumah? Lepas ni jimatlah duit sebab dah boleh buat sendiri. Lama-lama nanti nak ambil tempahan pun boleh.

Selamat mencuba!

Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif
Foto/sumber: Anisfarhana.blogspot, jaafarabang.blogspot, kakazz.blogspot