IRONINYA, terdapat pro dan kontra apabila sebahagian besar staf perlu bekerja dari rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan antara 18 hingga 31 Mac ini.Langkah tersebut adalah untuk menangani penularan wabak Covid-19 pada peringkat yang lebih serius.

Bagi petugas yang sudah berumahtangga dan memiliki anak kecil, nampaknya, bukan mudah berada di depan komputer untuk menyempurnakan tugasan sepanjang tempoh pejabat.

Bayangkan, dikala sedang menaip kertas kerja kedengaran si kecil merengek-rengek minta makanan ataupun susu. Itu belum lagi berkelahi antara adik-beradik lain. Riuh-rendah jadinya.

Mereka berstatus bujang dan tinggal bersendirian mungkin tidak mempunyai masalah seumpama itu, tetapi lain pula cabaran yang dihadapi. Jika tidak menguruskan masa dan diri dengan bijak barangkali anda akan terus dibuai mimpi!

Justeru, bagi mengekalkan mood bekerja di kediaman peribadi sepanjang tempoh 14 hari, Sinar Plus kongsikan tip ringkas.

1- Jika rutin harian ke pejabat bermula seawal 7 pagi, maka pastikan anda berdisiplin mengikut waktu yang sama. 

2- Sebelum mengadap komputer adalah digalakkan memasak hidangan sarapan dan tengah hari untuk diri sendiri, rakan serumah ataupun keluarga berbanding memesan dan membeli di luar. Cara ini dapat mengurangkan kontak berjumpa dengan orang lain kerana bimbang kondisi kesihatan mereka. 

3- Bagi yang memiliki anak kecil sediakan keperluan mereka terlebih dahulu seperti makanan kegemaran, alat permainan dan siaran televisyen menghiburkan.

4- Kemudian mandi, pilih persalinan selesa dan berhias sama seperti kelaziman ke pejabat. Jangan pula memakai baju tidur kerana ia akan menjejaskan mood bekerja di rumah. 

5- Pastikan segala kelengkapan kerja seperti dokumen, alat tulis, komputer riba dan telefon disusun kemas di atas meja.

 

kerja dari rumah
SUSUN kelengkapan kerja di atas meja secara teratur. Foto: Unsplash

6- Latih diri menikmati hidangan tengah hari antara pukul 1 hingga 2 petang.

Iklan

7- Jika bosan berkomunikasi seketika bersama rakan sekerja menerusi panggilan telefon atau chat dalam kumpulan WhatsApp.

8- Jangan duduk di ruang kerja terlalu lama sekali-sekala lakukan regangan ringkas.

9- Putarkan lagu kegemaran dan menenangkan fikiran.

10- Selesai waktu pejabat maka rehat sekejap sebelum melakukan kerja rumah dan bersantai bersama famili.

Iklan

Sekiranya cara berkenaan dilaksanakan secara konsisten dan disiplin anda tidak akan berasakan kerja di rumah perkara membebankan.

Paling penting amanah, jujur dan bertanggungjawab dengan kepercayaan yan diberikan oleh pihak majikan.

Selamat mencuba!