BARU-BARU ini tular di Facebook seorang doktor Pakar Perunding Perubatan, Dr Rafidah Abdullah mengenai pandangannya agar Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menimbang semula mengenainya.

“Saya dengan merendah diri memohon Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Malaysia menimbang semula saranan membenarkan kunjungan hari raya (had maksimum) seramai 20 orang.

“Untuk mengekalkan jarak sosial selamat, rumah tersebut mesti rumah yang sangat-sangat besar,” tulisnya.

Masakan tidak, isu tersebut sering menjadi bualan kerana beberapa hari lagi kita bakal menerima kunjungan Hari Raya Aidilfitri selepas selesai berpuasa di bulan Ramadan.

Namun, berapa ramaikah masyarakat kita yang ada rumah sebesar itu? Mampukah mereka mengekalkan saranan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia?

Adakah anda percaya semua masyarakat Malaysia bertanggungjawab? Mana anda tahu di antara mereka adalah kontak rapat yang positif Covid-19? Walaupun mereka patut kuarantin tapi masih keluar berjalan-jalan?

Berikut merupakan beberapa cadangan oleh Dr Rafidah:

1. Hanya berhari raya di rumah keluarga anda sendiri.

Iklan

Paling ramai pun ibu bapa anda dan ibu bapa mentua sahaja. Itupun jika berada di dalam negeri yang sama. Maksima dua rumah, kunjungan sekejap sahaja dan selepas itu, balik rumah sendiri.

2. Jika rumah anda nak buka untuk ziarah, mesti ada prosedur (SOP) sendiri.

Buat saringan di pintu pagar (tanya simptom, kontak dan periksa suhu badan). Sediakan mask dan pastikan setiap pengunjung basuh tangan di pintu masuk rumah. Jika tiada SOP ketat, baik kunci sahaja rumah itu. Tak payah beri sesiapa masuk.

Iklan

“Kunjung mengunjung Aidilfitri bukan caranya.

“Kami, petugas barisan hadapan sekarang mengharapkan anda untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” tulisnya lagi.