Jangan beli air balang dijual dalam akuarium, boleh undang kanser

TREND macam-macam dilakukan peniaga untuk tarik perhatian pembeli. Terbaharu tular di media sosial menjual air balang di dalam bekas akuarium.

Perkara itu sudah tentunya menerima pelbagai reaksi warga maya.

Malah, Facebook Public Health Malaysia turut menasihati peniaga agar berhenti melakukan perkara sedemikian.

Jelasnya, tidak semua bekas sesuai dijadikan tempat penyimpanan dan penyediaan makanan.

Ini kerana penggunaan akuarium boleh menyebabkan kebocoran bahan kimia dari bahan silikon sehingga mengakibatkan kanser.

Pam akuarium, lapisan dalam akuarium dan celah celah akuarium sukar untuk dibersihkan. Jadi, ada risiko pertumbuhan bakteria dan kulat di dalam bekas air balang tersebut.

“Penggunaan akuarium boleh menyebabkan kebocoran bahan kimia dari bahan akuarium (silikon) yang tidak selamat ke dalam makanan. Ada bahan bahan kimia bahaya yang boleh menyebabkan kanser,” tulisnya.

Bukan semua bahan sesuai untuk menjadi tempat penyimpanan dan penyediaan makanan. Untuk keselamatan, pilih bekas yang ada tanda gred makanan.

Baca juga Wah! Boleh jual minyak masak terpakai RM3 sekilogram di Petronas, 7 info menarik mak-mak perlu tahu

 

 

JENIS PLASTIK YANG SELAMAT DIGUNAKAN

Secara amnya, terdapat beberapa jenis bekas yang ada tanda gred makanan:

1. Polyethylene Terephthalate (PET)

Dikenali dengan singkatan PET atau PETE. Plastik jenis ini selalu digunakan dalam industri minuman berbungkus seperti air mineral, jus, dan minyak.

2. High Density Polyethylene (HDPE)

Dikenali sebagai HDPE. Jenis Plastik ini diperbuat daripada petroleum dan mempunyai tekstur yang keras, tidak lutsinar dan tahan suhu tinggi.

HDPE biasanya digunakan dalam pembuatan alat permainan kanak-kanak, bekas sabun pencuci, jar susu dan juga kerusi atau meja lipat.

Iklan

Baca juga Guna ais, garam, letak segelas air di dalam periuk nasi. Ini 3 tip mudah kalau nasi tak cukup masak

3. Low Density Polyethylene (LDPE)

Seperti HDPE, LDPE juga adalah termoplastik yang diperbuat daripada petroleum. Plastik jenis ini mudah lentur dan kuat tetapi boleh dikoyakkan.

Selalu digunakan untuk lapisan dalam dan luar kotak minuman, bakul plastik beli-belah, dan juga bahan pembungkus.

4. Polypropylene (PP)

Plastik jenis ini besifat tahan lasak, kuat, tahan kepada suhu tinggi dan juga boleh menghalang kelembapan daripada memasuki bahan yang dilindunginya.

Jadi, peniaga dinasihatkan agar mengutamakan keselamatan pengguna dan pengguna juga perlu bijak dalam memilih premis makanan atau minuman yang selamat.

Iklan

Kita sebagai pengguna fikir dahulu apa yang ingin dimakan atau minum, kata orang sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!