Jangan mandi! Ini apa yang perlu anda lakukan jika dirogol

CULIK
CULIK
A
A
A

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan berita penahanan seorang pendakwah selebriti yang didakwa atas beberapa tuduhan merogol dan meliwat.

Susulan kejadian itu, seperti apa yang dijangka pihak polis, ramai mangsa tampil untuk membuat laporan terhadap pendakwah selebriti tersebut.

Beberapa individu tampil membuat laporan dan memberi keterangan menyebabkan warganet kini semakin heboh memperkatakan isu tersebut sehingga menimbulkan perbalahan di antara masyarakat kerana isu berkenaan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.

Ekoran kejadian itu, tertarik untuk SinarPlus kongsikan mengenai satu ciapan daripada seorang pengguna di Twitter yang berkongsikan mengenai tindakan yang perlu dilakukan oleh mangsa jika mereka baru dirogol atau diliwat.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh @syamimi_syahirah, beliau memberitahu kepada mangsa rogol untuk membuat laporan polis dalam masa 24 sehingga 48 jam tanpa mandi kerana bukti yang ada di badan selepas dirogol boleh dijadikan bahan bukti yang kuat kepada pihak polis untuk menahan suspek.

Perlaksanaan undang-undang di Malaysia semua berdasarkan bukti. Walau benar dirogol, tapi bukti tidak menyebelahi, maka memang takkan sabit hukuman bawah seksyen 376 sebab kena ada bukti penetration (memasukkan zakar ke dalam kemaluan) berlaku.

Dalam pada itu, posting berkenaan turut berkongsi langkah seterus yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa rogol. Antaranya adalah seperti :

  • Jangan tunggu lebih dari 48 Jam.
  • Jangan mandi.
  • Jangan tukar pakaian.
  • Jangan makan dan minum.
  • Jangan gosok gigi.

Selain itu, pengguna Twitter yang dikenali sebagai @rozaiti juga mengulang kicau posting berkenaan dan berpesan supaya tinggalkan cap jari atau fingerprint di badan dan baju suspek supaya mangsa rogol juga boleh meninggalkan bukti di badan suspek.

“Pegang semua apa yang ada. Tarik rambut dia supaya helaian rambut dia cross transfer dan cakar badan dia supaya skincell masuk fingernails. Sebab kadang-kadang semen tak cukup kuat & inconclusive,” tulisnya.

Tiada siapa di dunia ini yang minta dirogol kerana perkara terkutuk itu melibatkan soal maruah, harga diri dan juga kesihatan mental.

Pasti kita tidak mahu perkara sebegitu berlaku kepada kita mahupun keluarga dan rakan-rakan. Jika korang rasakan posting ini bermanfaat kongsikan kepada semua kenalan dan ahli keluarga supaya dan pesan kepada mereka supaya lebih berhati-hati.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca