SEMALAM, tular sebuah video berdurasi 40 saat memaparkan sebuah kereta Perodua Kelisa mengharungi jalan raya yang dinaiki banjir.

Ianya sangat menarik perhatian warganet dan sehingga kini meraih lebih setengah juta tontonan.

Video itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @pheezothman yang  berada di tempat kejadian.

Tulisnya pada posting video berkenaan, Jangan pandang hina kereta  KELISA ok!! Chaiyokkk!!

Menerusi video yang itu, kelihatan kereta kelisa itu dengan penuh berhati-hati meredah banjir dan akhirnya dapat mengharungi dengan selamat serta mendapat tepukan orang ramai di tempat kejadian.

Iklan

Rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen  antaranya:

Iklan

@HakimiMuhaimin – Atas apa kereta kelisa tu lalu, kejap senget ke kanan, kejap senget ke kiri

@khairulzaqwan – 2020 ni tak dapat kereta terbang dapat kereta berenang pon ok

@FbiFadhil – Biasalah.. Dah Nama pun ikan

@botnANNA – Kelisa memang steady. Minyak pun jimat. Isi RM10 boleh ulang alik Sg. Besi – Teluk Kemang

@whysohardmeh – Enjin made in Malaysia mmg mantulRaised hand\