'Jangan simpati, zahirkan kebencian apa yang dilakukan.' Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dijarakkan, ini sebabnya

A
A
A

PENGEBUMIAN suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor tular susulan dikuburkan jauh liang lahad penghuni kubur lain.

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Fatwa berkongsi pengurusan jenazah suspek kes berkenaan yang dikuburkan Pusara Islam Kampung Sungai Tiram di Batu 19, Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram.

Katanya, jenazah suspek berusia 21 tahun itu hendaklah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja serta tidak dibenarkan untuk dibawa ke mana-mana masjid atau surau untuk urusan berkaitan.

Baca juga: Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

Baca juga: 4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

Selepas selesai segala urusan tersebut, jenazah hendaklah dikebumikan di tanah perkuburan yang telah ditetapkan dan kedudukan kuburnya hendaklah berjauhan sedikit dari liang lahad penghuni kubur yang lain.

Jawatankuasa fatwa berpendapat bahawa, ia sebagai satu peringatan kepada masyarakat agar tidak terlibat atau melakukan perkara yang dilakukan suspek.

"Ia juga sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek lebih lebih lagi membunuh pegawai yang menjaga keselamatan negara yang tiada melakukan salah dan silap terhadap suspek.

"Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas apa yang telah dilakukannya," katanya.

Baca juga: ‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

Baca juga: '7 jam di sisi keranda anak, bila pandang menitis air mata.' Perkongsian bapa Konstabel Ahmad Azza Fahmi meruntun hati

Foto suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram 17 Mei lalu viral di laman sosial.

Jenazah suspek tragedi berkenaan dikebumikan kira-kira 300 meter dari kubur lain dan upacara pengebumian dikawal ketat anggota polis.

Sementara itu, bagi kematian Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar,22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad, 24, organisasi berkenaan mengklasifikasikan ia sebagai sebagai kematian fi sabilillah kerana sedang mempertahankan keselamatan negara.

"Jawatankuasa Fatwa mengklasifikasikan kematian anggota polis sebagai kematian 'fi sabilillah' iaitu kematian di jalan ALLAH SWT," katanya.

Pihaknya juga memutuskan bahawa jenazah Allayarham kedua-dua anggota polis berkenaan sebagai syahid akhirat yang mana pengurusan jenazah mereka hendaklah disempurnakan dengan melengkapkan empat rukun tahjiz jenazah iaitu merangkumi dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan.

Baca juga: 'Kematian yang indah.' Rebah ketika solat, imam meninggal dunia dalam sujud undang sebak

"Ahli Jawatankuasa Fatwa juga mendoakan agar roh kedua-dua anggota ini dicucuri rahmat, kasih sayang dan keredaan ALLAH serta mendoakan PDRM Johor terus bersemangat menjalankan tugas dalam menjaga keselamatan daripada pelbagai ancaman demi kedaulatan negara," katanya.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dalam kenyataan berkata, keputusan dibuat selepas mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 17 Mei lalu yang membincangkan status jenis kematian anggota polis dan cara pengebumian suspek yang mati ditembak.

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan insiden berdarah di Balai Polis Ulu Tiram. Kejadian pada jam 2.30 pagi itu mengakibatkan tiga kematian termasuk dua anggota polis Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad serta suspek.

Kejadian itu juga melibatkan seorang anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang masih dirawat di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca