Jangan susahkan diri turun naik mahkamah, ikut sahaja SOP

Jangan susahkan diri turun naik mahkamah, ikut sahaja SOP
Jangan susahkan diri turun naik mahkamah, ikut sahaja SOP
A
A
A

KENAPA perlu nak susahkan diri? Anda tidak sepatutnya merumitkan keadaan dan menyusahkan diri ketika negara sedang ‘berperang’ dengan wabak Covid-19.

Ada yang ingkar dan tidak mahu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga ditahan dan dihadapkan ke mahkamah. Tak ke menyusahkan tu?

Peringatan sering diberikan dalam isu pematuhan arahan PKPB kerana ia bertujuan memastikan bahawa masyarakat secara keseluruhannya terlindung daripada penularan wabak Covid-19.

Berikutan kedegilan segelintir pihak mematuhi arahan itu, kerajaan terpaksa mengerakkan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan lebih kerap di pusat membeli-belah dan pasar raya terutama di premis perniagaan yang mengadakan jualan murah atau promosi tertentu.

Walaupun tiada akta melarang membawa kanak-kanak ke pusat membeli-belah, sepatutnya ibu bapa lebih peka dengan situasi ketika ini iaitu tidak selamat untuk membawa anak ke tempat awam yang dipenuhi orang ramai.

Kini bukan lagi masa yang sesuai untuk keluar membeli belah bersama keluarga! Sabar!

Anda juga perlu membiasakan diri dengan kelaziman baharu iaitu mengamalkan disiplin sosial yang tinggi, mematuhi jarak sosial dan mementingkan tanggungjawab sosial untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19 dalam masyarakat.

Sedarlah, sikap pentingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab dengan melanggar arahan yang ditetapkan bukan sahaja memakan diri sendiri malah akan memberi kesan buruk kepada masyarakat.

Berbaki kira-kira 10 hari lagi bagi umat Islam di negara ini menyambut Aidilfitri. Perlu diingat, aktiviti ziarah menziarahi hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja dan tidak boleh melebihi 20 orang dalam satu hari seperti yang disarankan Perdana Menteri.

Kita mungkin tidak mampu membantu petugas barisan hadapan dalam aspek teknikal kesihatan namun dengan mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan, matlamat memutuskan rantaian pandemik maut itu pasti akan tercapai jika semua ada sifat kesedaran yang tinggi. #PastiAdaSinar

GENG LUAR KOTAK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca