HomeFYIEh! Apa Tu?Jangan tak percaya, kahwin...

Jangan tak percaya, kahwin lelaki berusia lebih romantik, penyayang

Jangan tak percaya, kahwin lelaki berusia lebih romantik, penyayang

PERNAH dengar tak cakap orang dulu-dulu ‘elakkan menyanyi ketika di dapur nanti jodoh dengan lelaki tua’?

Kepercayaan orang dulu-dulu mungkin sekadar gurauan. Ia mungkin sebagai peringatan supaya anak dara tidak mengamalkan tabiat menyanyi di dapur kerana bimbang tentang soal keselamatan mereka.

Namun bila wanita menginjak remaja dan dewasa, sudah pandai bercinta, ada juga yang terpikat dengan lelaki berusia. Ada yang berusia beza lebih 10 hingga 20 tahun.

Ujar mereka lelaki berusia lebih memikirkan masa depan, tak banyak kerenah, tak mudah merajuk, mampu membimbing, penyayang dan romantis!

Malah, ada kajian mendapati lelaki berusia merupakan lelaki yang sempurna dan memiliki banyak keistimewaan.

Faktor berikut menjadi sebab mengapa lelaki berusia merupakan sahabat juga pasangan terbaik buat wanita.

Apatah lagi kebanyakan golongan lelaki berusia ini nampaknya kedudukan ekonomi, kesihatan dan sosialnya lebih kukuh dan stabil.

Justeru, Sinarplus senaraikan selebriti yang telah berkahwin dengan lelaki berusia;

Baca juga #SiBibirMerah: Wanita fikir anak juga untuk kembali bersuami

Kredit foto: Google dan Instagram

1. Penyanyi, selebriti, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Datuk Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006 lalu.

Perkahwinan selama 17 tahun dengan beza usia 20 tahun itu dilihat sangat romantik dalam apa jua situasi.

Baru-baru ini menjadi perhatian warga maya apabila Datuk Khalid dilihat semakin kacak dan nampak lebih muda berbanding usia sebenarnya, 64 tahun.

Penampilannya yang sedang bercuti di Dubai bersama Tok Ti, 44, dan dua anak kelihatan seperti orang muda apatah lagi usahawan itu memang bijak berfesyen.

Baca juga Lerai teka-teki, Syamsul akui sudah nikahi Ira Kazar

Kredit foto: Google dan Instagram

2. Pelakon, Datin Seri Zizie Ezette

Pernikahan pelakon cantik, Datin Seri Zizie Ezette Abd Samad, 45, dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 64, membuktikan cinta itu bukan dibilang dengan umur.

Lihatlah betapa bahagianya pelakon berbakat ini bersama suami yang jauh beza usianya iaitu 19 tahun.

Kredit foto: Google dan Instagram

3. Pelakon, usahawan, Datin Rabecca Nur Al-Islam

Penikahan pelakon dan usahawan cantik, Datin Rabecca Nur Al-Islam, 37, dengan Datuk Norazam Sulaiman, 55, pada 2011 telah dikurniakan lapan orang anak, termasuk dua orang anak angkat.

Iklan

Dia wanita penyayang yang berkahwin dengan lelaki lebih berusia daripadanya dan menikmati keindahan cinta dan bahagia walaupun beza usia 18 tahun.

Kredit foto: Google dan Instagram

4. Pelakon, Datin Anne Ngasri

Pemilik nama sebenar Nasriah Ngasri merupakan pelakon kanak-kanak era 90-an, berkahwin buat kali kedua dengan pilihan hati, seorang ahli politik, Datuk Mohd Sumali Reduan, 49.

Dapat dilihat Datin Anne, 37, memiliki keluarga bahagia apabila memilih lelaki berusia sebagai suami. Dia membesarkan anak dengan perkahwinan terdahulu dan kini dengan cukup bahagia.

Rumah tangga yang beza usia 12 tahun itu dilihat sempurna apabila memiliki suami yang matang, penuh kasih sayang dan bertanggungjawab.

Baca juga “Saya tidak mahu dibayangi atau menumpang popularitinya..”- Zali Rusli

Iklan
Kredit foto: Google dan Instagram

5. Penyanyi, Fyna Jebat

Fyna Jebat, 29, yang juga adik kepada penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengakui sudah berkahwin dengan jurulatih berpengalaman, Datuk Zainal Abidin Hassan baru-baru ini.

Fyna atau nama sebenarnya Nurshafyna Jebat bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci pernikahannya itu.

Usia bekas pemain bola sepak yang terkenal pada era 1980-an dan 90-an di Malaysia itu kini memasuki 62 tahun.

Moga perkahwinan yang berbeza usia 33 tahun itu bahagia selamanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis