Jika kes Covid-19 meningkat, aktiviti sosial akan kembali disekat

Pasangan tinggal berjauhan dibenarkan merentas negeri bermula esok tapi dengan syarat
Pasangan tinggal berjauhan dibenarkan merentas negeri bermula esok tapi dengan syarat
A
A
A

KES harian jangkitan Covid-19 hari ini dilaporkan meningkat sebanyak 6,243 berbanding 5,403 semalam yang

menjadikan peningkatan sebanyak 840 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di Facebooknya hari ini berkata, jumlah kumulatif kes yang direkodkan sebanyak 2,522,498 kes setakat ini.

Ia menunjukkan jumlah peningkatan kes yang agak tinggi sejak negara memberi kelonggaran kebenaran aktiviti rentas negeri bermula 10 Oktober lalu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Dalam pada itu, kerajaan tidak teragak-agak untuk menyekat kembali aktiviti sosial jika berlaku peningkatan kes

jangkitan Covid-19 selepas negara beralih ke tahap endemik.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mastura Yazid, kerajaan hanya menggunakan satu prosedur operasi standard (SOP) apabila negara beralih ke tahap endemik iaitu protokol kesihatan umum.

Menurutnya, bagaimanapun jika terdapat kes mendadak dan meningkat, kerajaan melaksanakan langkah pencegahan dan memantau dengan sistem 'heightened alert' yang mana hanya terdapat dua kategori dalam sistem ini iaitu tinggi atau rendah.

Katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) di Dewan Rakyat hari ini, jika dilihat berisiko tinggi, kerajaan akan mengenakan sekatan aktiviti sosial bukannya aktiviti ekonomi.

Baca juga Guna alat pembesar suara, media sosial berkempen, perang bendera PRN Melaka kini bermula

Dalam sesi itu, Che Abdullah mahu mengetahui sama ada kerajaan bercadang membuat satu pelan baharu memandangkan ramai yang mula tidak menjaga SOP kerana bebas bergerak menjalankan aktiviti sosial, sekali gus wabak Covid-19 boleh meningkat.

Oleh itu, kekal patuhi SOP yang ditetapkan. Kita masih belum menang melawan wabak Covid-19.

Pastikan sentiasa memakai pelitup muka dan jaga penjarakan sosial walau di mana korang berada. #staysafe

#kiatjagakita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca