BUKAN orang dewasa sahaja terkesan dengan pandemik Covid-19 yang memasuki tahun kedua ini, malah kanak-kanak juga tidak ketinggalan.

Justeru, bagi menyuntik keriangan dan membawa senyuman si kecil, syarikat pengeluar mainan Mattel yang terkenal dengan jenama popular seperti Hot Wheels, Uno, Fisher dan Barbie bekerjasama dengan Shopee bagi mengedarkan mainan bernilai hingga RM100,000.

 

 

Kempen istimewa itu yang dinamakan Happy Playcation Mattel berlangsung bermula 1 hingga 3 September ini turut mendapat kerjasama daripada dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dignity for Children Foundation dan Childhood Cancer Caring Society of Kuala Lumpur (CARES).

Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Dignity, Liew Tong Ngan berkata, pihaknya berterima kasih kerana pihaknya menerima mainan menarik daripada Mattel untuk diedarkan kepada kanak-kanak dan belia pertubuhan mereka.

Sementara itu, CARES yang merupakan NGO yang ditubuhkan oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap kanser, pekerja perubatan dan para sukarelawan yang prihatin pula berkata, pemilihan mereka merupakan satu penghormatan terbesar.

Semoga banyak lagi inisiatif yang bermakna seperti Happy Playcation akan dilaksanakan untuk terus memberi inspirasi kepada individu-individu istimewa dalam masyarakat,” kata Presiden CARES, Margaret Low.

DISKAUN HEBAT

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia menyokong Happy Playcation, Mattel menawarkan potongan hingga 30 peratus barangan mainan sepanjang tempoh kempen.

Pengurus Besar Mattel Continental Asia, Murat Ariksoy berkata, pihaknya berusaha untuk membolehkan semua penerima mainan bergembira seperti seorang kanak-kanak semula, sambil membawa keriangan kepada komuniti dan membantu ibu bapa menerusi mainan pembelajaran.

Ujar Muray, kempen tersebut itu juga merupakan sebahagian daripada usaha di bawah inisiatif amal #ShopeeGivesBack yang bertujuan memberi kesedaran dan menggalakkan sumbangan untuk pelbagai organisasi kebajikan bagi menyokong usaha dari aspek penjagaan kesihatan, komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik dan golongan yang terpinggir, termasuk haiwan.

Sementara itu, Pengurus Kanan (Pembangunan Perniagaan) Shopee Malaysia, Zed Li berkata, kempen Happy Playcation adalah salah satu pendekatan terbaik dalam memberi kesan positif kepada kehidupan kanak-kanak, malah lebih menyeronokkan apabila mereka dapat bermain dengan dengan mainan Mattel.

“Kami menyanjungi semua pihak yang terlibat atas usaha mereka dan berbesar hati memberi sokongan kami kepada Happy Playcation Mattel,” katanya.

 

Ujar beliau, kempen tersebut dijalankan seiring dengan 9.9 Hari Pembelian Hebat Shopee yang membawakan pelbagai tawaran istimewa kepada semua penggunanya.

Para pembeli boleh menikmati baucar Penghantaran Percuma dan baucar Pulangan Tunai Syling Shopee 99 peratus yang mana kedua-duanya dapat dinikmati tanpa pembelanjaan minimum.

Iklan

Di samping itu juga, kempen Happy Playcation akan menganjurkan sesi Shopee Live untuk memaparkan bagaimana rakyat Malaysia dapat membantu membawa senyuman kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Sesi jemputan Shopee Live yang pertama telah diadakan pada 27 Ogos lalu pada jam 3 petang yang menampilkan tetamu jemputan daripada Dignity for Children Foundation.

Sesi seterusnya akan diadakan pada 1 September jam 8.30 malam. Tetamu tetamu jemputan dari CARES akan mengetengahkan bagaimana kempen ini akan membawa kegembiraan kepada kanak-kanak.

Pemberian hadiah yang menarik dan sesi unboxing mainan Mattel juga akan berlangsung.

Kempen Happy Playcation turut dilancarkan dengan kerjasama Shopee Mum’s Club, sebuah kedai sehenti bagi segala keperluan para ibu untuk anak mereka.

Iklan

Kelab tersebut mempunyai cita-cita yang sama untuk membawa kebahagiaan kepada kanak-kanak.

Happy Playcation akan memberikan baucar eksklusif kepada ahli kelab demi menggalakkan penyertaan kempen ini dalam kalangan komuniti para ibu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Happy Playcation Mattel, layari https://shopee.com.my/m/mattel-happy-playcation

Jom beramal!