DUNIA Bollywood tidak asing lagi dalam industri filem dunia malahan ia terus berkembang pesat dengan wujudnya puluhan filem yang dihasilkan setiap tahun.

Boleh dikatakan lebih 50 peratus filem tersebut mendapat sambutan yang cukup luar biasa daripada penonton.

Ini kerana filem Bollywood bukan sahaja ditayangkan di India, malah ia turut ditayangkan di seluruh dunia termasuk di negara Barat yang turut meminati filem seperti itu.

Tambahan pula ia mempunyai pengikut tegarnya yang tersendiri. Tidak dapat dinafikan, filem Bollywood mempunyai jalan cerita yang padat dengan emosi hingga mampu membuat penonton menitiskan air mata.

Jadi Sinar Plus ingin menyenaraikan lima buah filem Bollywood besar yang menarik untuk ditonton mungkin dapat mengisi sedikit ruang kebosanan anda yang kini terpaksa duduk di rumah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Tapi harus diingat, sedikan tisu bagi yang berhati tisu!

1. Kuch Kuch Hota Hai

Masih ingatkah anda pada Anjali? Filem Kuch Kuch Hota Hai arahan Karan Johar banyak mengajar kita erti persahabatan dan ia juga mengajar tentang erti sebenar cinta.

Jom layan filem Bollywood di rumah, sediakan tisu!
Filem banyak mengajar erti persahabatan dan juga erti sebenar sebuah cinta.

Filem itu bukan sahaja mendapat sambutan hangat di seluruh dunia terutamanya di Malaysia, malah ia merupakan satu filem paling ikonik pada tahun 90-an.

Jalan cerita yang mengisahkan cinta tiga segi ini diterbitkan pada 16 Oktober 1998 dibintangi Datuk Shah Rukh Khan (Rahul Khanna), Rani Mukerji (Tina) dan Kajol (Anjali Sharma)  sebagai teraju utama dan filem itu sudah mencapai dua dekad.

2. Dangal

Filem ini mengisahkan perjuangan seorang ayah membesarkan tiga orang anak perempuan dan melatih mereka menjadi atlet olahraga gusti, iaitu cabang olahraga yang didominasi lelaki.

Peranan ayah yang dilakonkan oleh Aamir Khan ini percaya bahawa anak perempuan boleh memiiki kemampuan yang sama bahkan melebihi anak lelaki.

Jom layan filem Bollywood di rumah, sediakan tisu!
Mengisahkan perjuangan seorang ayah membesarkan tiga orang anak perempuan dan melatih mereka menjadi atlet olahraga gusti.

Mesej jelas yang ingin disampaikan melalui filem tersebut ialah perjuangan meraih cita-cita tidaklah mudah dan apa yang dilakukan ibu bapa adalah demi kejayaan dan kebahagiaan anak.

Filem ini sesuai ditonton bersama ahli keluarga.

3. Bajrangi Bhaijaan

Tidak keterlaluan rasanya Sinar Plus katakan filem ini antara filem Bollywood paling best dan mampu memberi inspirasi pada anak-anak.

Filem ini berkisah tentang seorang pemuda jujur dari India lakonan pelakon Bollywood terkenal, Salman Khan yang berjuang menghantar seorang kanak-kanak bernama Syahida yang berumur tujuh tahun kembali ke rumahnya di Pakistan selepas terpisah dengan ibu bapanya.

Iklan
Jom layan filem Bollywood di rumah, sediakan tisu!
Filem ini banyak mengajar kebaikan dan kasih sayang terhadap agama, bangsa dan negara.

Filem ini banyak mengajar kebaikan dan kasih sayang adalah bahasa universal yang menjangkaui batas agama, negara dan bangsa.

Macam biasa, part last cerita ni sedih sikit.

4. Dilwale

Filem ini mengisahkan dua kepala gangster yang saling bermusuhan di Bulgaria. Randhir Bakshi (Vinod Khanna) adalah gangster India yang bermusuhan dengan teman baiknya dulu, Malik (Kabir Bedi).

Shahrukh Khan memegang watak Raj adalah anak kepada Randhir yang mempunyai hubungan cinta bersama Meera lakonan Kajol yang juga merupakan anak kepada Malik.

Iklan
Jom layan filem Bollywood di rumah, sediakan tisu!
Filem ini boleh dikatakan ala ala Fast And Furious versi Bollywood.

Hubungan cinta mereka terhalang disebabkan pertelingkahan di antara keluarga mereka yang masing-masing terlibat dalam aktiviti kongsi gelap.

Filem ini boleh dikatakan ala ala Fast And Furious versi Bollywood.

5. Fanaa

Dalam filem ini Kajol membawa watak sebagai seorang gadis buta bernama Zooni yang pergi ke New Delhi bersama kumpulan tariannya bagi melakukan persembahan untuk Republic Day.

Kali ini Kajol digandingkan dengan aktor Bollywood kacak, Aamir Khan sebagai Rehan Qadri yang merupakan seorang pemandu pelancong. Keramahan dan kebaikan Rehan membuatkan Zooni jatuh hati dengannya.

Jom layan filem Bollywood di rumah, sediakan tisu!
Kajol dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filmfare menerusi lakonannya dalam filem ini yang memegang batak seorang hadis buta.

Filem ini juga merupakan arahan Aditya Chopra yang diterajui barisan pelakon seperti Rishi Kapoor, Kirron Kher, Sharat Saxena dan Tabu. Kajol turut dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filmfare menerusi lakonannya dalam filem ini.