JPJ tak ‘diam’, mula siasat wanita dakwa buang 'saka' dalam sungai

JPJ tak ‘diam’, mula siasat wanita dakwa buang 'saka' dalam sungai
JPJ tak ‘diam’, mula siasat wanita dakwa buang 'saka' dalam sungai
A
A
A

TINDAKAN kurang bijak seorang wanita yang dipercayai membuang bungkusan plastik di sebuah jambatan di Kelantan bakal membawa padah.

Rakaman video berdurasi 20 saat itu sempat dirakam orang ramai kini mula viral apabila dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai.

Melalui rakaman tersebut kelihatan sebuat kereta Perodua Bezza berhenti di tepi jambatan sebelum seorang wanita membuang bungkusan plastik ke dalam sungai dengan melontarnya melalui tingkap kenderaan itu.

Tindakan wanita itu dikecam pengguna media sosial yang mengkritik perbuatannya sebagai tiada kesedaran sivik sehingga sanggup membuang sampah secara terbuka ke dalam sungai.

Ternyata tindakan itu juga tidak beradab dan contoh yang kurang baik untuk ditonton oleh generasi muda terutama kanak-kanak.

Ada juga yang berpendapat, tindakan seperti itulah yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai sekali gus dikaitkan dengan bencana banjir yang sering kali membawa bersama sampah sarap dan plastik.

Kemarahan warganet makin memuncak sehingga ada dalam kalangan mereka berkongsi alamat pemilik kenderaan tersebut termasuklah mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat.

Memandang serius isu tersebut, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan melalui satu kenyataan menegaskan pengguna jalan raya yang didapati membuang sampah dari kenderaan boleh didenda hingga RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan.

Pihak JPJ Kelantan juga telah mengeluarkan notis temu siasat kepada pemilik sebuah kenderaan yang  berhubung tindakan seorang wanita melontar sampah keluar dari kenderaan tersebut yang dipercayai berlaku di Kelantan.

Perbuatan itu menyalahi Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan pelaku boleh diambil tindakan menurut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut jabatan itu lagi, pelaku yang mengulangi kesalahan sama akan berdepan hukuman denda hingga RM4,000 atau penjara tidak lebih dua bulan, atau kedua-duanya.

Namun, difahamkan wanita itu juga cuba tampil membuat permohonan maaf atas perbuatannya melalui laman Facebook yang dikenali sebagai Kelantan Daily.

Menurut admin laman Facebook tersebut, wanita itu mendakwa terpaksa berbuat demikian kerana diminta oleh perawat tradisional supaya membuang barang yang didakwa ‘saka’ ke dalam sungai atau air yang mengalir.

Dia juga menjelaskan bahawa dia baru balik dari Kuala Krai bagi mendapatkan rawatan tradisional untuk merawat penyakit misteri yang dialami.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca