SEMALAM tular di media sosial mengenai kad gantung di baju atau poket yang dikatakan dapat mencegah atau merawat penyakit wabak yang menyerang dunia kini iaitu Covid-19.

Pun demikian, ramai orang awam berkongsi beberapa individu terpenting di Malaysia juga memakai kad gantung berkenaan.

Kad gantung berkenaan dijual di beberapa farmasi terkenal di Malaysia.

Sinar Plus hari ini mendapatkan pengesahan dari Pakar Perunding Perubatan & Paru-paru, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa.

“Setakat ini tiada kajian saintifik yang kukuh (Randomised Controlled Trial: RCT) yang telah dijalankan terhadap produk tersebut, dan ia juga tidak pernah dikongsi atau diberitahu mengenai penggunaannya oleh doktor-doktor pakar lain dari luar negara mengenai kesannya untuk merawat Covid-19,” jelas Dr Nurul Yaqeen.

Ubat dan penawar Covid-19

Setakat ini, masih belum ada lagi ubat atau penawar yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang kukuh.

Ada beberapa ubat yang sedang dikaji melalui RCT ini yang telah dikongsi oleh doktor pakar dari negara China, Prof Zhong Nanshan dalam Webinar mengenai penyakit berkenaan pada 25 Mac lalu.

Berikut antara ubat-ubatan yang dikongsi olehnya:
1. Lopinavir-ritonavir (kaletra)
2. Chloroquine
3. IL-6 receptor antibody (tocilizimab)
4. Kapsul LHQW
5. Hydrogen-Oxygen mixed gas inhalation
6. Remdesivir

Iklan

“Terdapat juga beberapa ubat yang telah digunapakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai ikhtiar untuk membantu pesakit (compassionate use), berdasarkan beberapa kajian terdahulu terhadap penyakit SARS dan virus Korona,” terang Dr Nurul Yaqeen.

Ubat yang telah digunapakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ubatan berkenaan hanya akan diberi mengikut peringkat tertentu penyakit Covid-19 dan telah dikongsi oleh KKM di dalam Pekeliling Rawatan Penyakit Covid19 yang telah dikemaskini pada 24 Mac lalu.

Iklan
UBATAN berkenaan hanya akan diberi mengikut peringkat tertentu penyakit Covid-19.

“Pada masa yang sama, saya juga ingin tegaskan virus SARS-COV-2 yang menyebabkan penyakit Covid-19 ini bukanlah seperti jin. Jadi, ia tidak boleh ditangkap atau dikurung di dalam botol seperti yang tular di Facebook baru-baru ini.

“Virus ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop sahaja. Ingat, ini bukan seperti cerita Aladdin ya!

Sumber rujukan:
1. Covid-19 Crisis management in the frontline: Wuhan & Asia (Prof Zhong Nanshan talk & slide), Webinar, 25th March 2020.
2. Guideline for Management of Covid19, Ministry of Health, Malaysia (MOH) / Garis panduan Rawatan Penyakit Covid19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Update 24th March 2020.