KAKAK, bantu tubuh badan lebih cergas ketika berpuasa

No Image Caption
A
A
A

KUNCI untuk lebih cergas apabila puasa ialah badan mempunyai cukup air dan tenaga.

Bagaimana cara mudah untuk pastikan badan kita mempunyai air dan tenaga yang mencukupi?

Tulis Dr Safiya Amara di Facebooknya, tip pertama sebagai panduan adalah semasa bersahur.

“Saya share tips pertama, dengan akronim K.A.K.A.K supaya mudah ingat,” tulisnya.

1. K - Kalori yang cukup.

Kalori sebanyak 500 kcal adalah sesuai buat kebanyakan orang. Jika makan terlalu sikit, badan akan jadi lemah kerana kekurangan tenaga. Tapi jika makan berlebihan, badan akan jadi lemah dan bukan sebaliknya.

2. A - Air sebanyak 3 gelas.

Minum satu gelas air suam sebaik sahaja terjaga daripada tidur. Boleh sambung dengan solat atau makan sahur. Kemudian minumlah segelas air manis dan segelas lagi air suam.

Ramai orang ingat bila minum air banyak badan akan cukup air tapi tak begitu!

Walaupun badan perlukan air yang cukup tapi apabila minum terlalu banyak air, kita akan kencing banyak dan ini akan menyebabkan badan hilang air dan jadi lesu.

Jadi elakkan minum terlalu banyak air masa sahur.

3. K - Kafein perlu dielakkan semasa sahur.

Kafein buat badan hilang banyak air melalui buah pinggang lalu menyebabkan dehidrasi.

Ramai orang suka minum air panas seperti teh, kopi, milo semasa sahur, tetapi semua minuman berkafein ini akan buat badan hilang air lebih cepat.

Habis, nak minum apa? Boleh minum susu atau jus buah buahan tanpa gula.

4. A - Ambilan garam mesti dikurangkan.

Kenapa? Garam yang berlebihan akan dibuang melalui air kencing dan menyebabkan badan hilang air.

Boleh kata semua makanan sejuk-beku yang telah diproses ada banyak garam. Sebagai contoh, sosej, kuih frozen, burger, nugget dan lain lain.

Sesetengah biskut dan kuih raya juga ada banyak garam tau! Elakkan makan ikan bilis atau ikan kering masa sahur (salted food).

Cubalah, boleh rasa ketara bezanya bila puasa nanti.

5. K - Karbohidrat yang berkualiti tinggi.

Pilihlah jenis karbohidrat kompleks.

Ada banyak pilihan karbohidrat yang baik untuk badan kita, elakkan sumber karbohidrat dari kategori processed food seperti bihun, mi kuning, spageti dan lain-lain.

Walaupun ramai suka makan kuih dan kek, ia bukanlah makanan yang sesuai untuk sahur kerana kandungan gula dan lemak kedua jenis makanan ni tinggi!

Kesimpulannya, pilihlah makanan dan minuman kita dengan baik ketika waktu sahur, kita akan dapat rasai perbezaannya INSYAALLAH.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca