‘Hiking’ ataupun mendaki merupakan suatu bentuk aktiviti rekreasi yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun malangnya seperti apa yang telah dilaporkan media sebelum ini, sebarang aktiviti pendakian, perkhemahan atau ‘jungle trekking’ dalam hutan tidak dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Namun kini, berita baik untuk semua ‘kaki hiking’ apabila aktiviti tersebut telah diperincikan selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan bahawa mendaki adalah antara aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan oleh kerajaan bermula 15 Jun ini.

Namun, pendaki perlu mematuhi amalan jarakan sosial serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pendakian gunung dibenarkan bermula 15 Jun 2020,” menurut jawapan ringkas KBS terhadap pertanyaan netizen di laman Facebook rasminya, KBSMalaysia, berhubung perkongsian SOP sukan yang dibenarkan dan dilarang oleh kerajaan.

Sebelum ini, ramai pendaki keliru sama ada aktiviti mendaki dibenarkan atau tidak di bawah kategori rekreasi dan riadah.

Iklan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad, mengumumkan beberapa jenis sukan dan aktiviti rekreasi akan dibenarkan di bawah PKPP mulai hari ini, dengan pematuhan rapi terhadap SOP ketat yang ditetapkan kerajaan.

Jika korang gemar untuk ‘hiking’, korang mungkin telah sedia maklum akan manfaatnya.

Iklan

Pastinya korang kini tidak sabar untuk kembali mengembara bukan?

Manfaatkanlah kelonggaran yang telah diberikan dan harus diingat, sentiasa menjaga keselamatan diri dan patuh pada garis panduan yang ditetapkan. Okey?