“MACAM mana nak tiru pembersih macam rakyat Jepun kalau benda asas pun gagal.”

Begitulah perkongsian seorang pengguna Twitter, Coach Zainul Arifin @coachzainul apabila melihat mesin ATM di Taman Nilam, Dengkil, Selangor dicemari sampah oleh individu tidak bertanggungjawab.

Melalui perkongsian sekeping foto itu, katanya, mentaliti rakyat kita jadi punca.

“Tong sampah dah penuh pergi sumbat lagi kenapa?

“Belum tanya kenapa tak simpan je resit sekeping dan buang di tong sampah lain.

“Ini kalau diberi tong sampah lagi besar pun tak jadi apa,” tulisnya.

Sementara itu, pihak @CIMBMalaysia turut tampil memberi respon kepada kenyataan Coach Zainul tersebut.

Katanya, terima kasih atas laporan isu itu dan mohon maaf atas sebarang kesulitan.

“Kami telah mengajukan perkara ini kepada unit yang berkenaan untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Losyen badan elak ‘sun burn’, jadi ancaman batu karang – Pakar

Iklan

Ternyata perkongsian tersebut menjadi bualan panas warganet, kata mereka;

Pendapat saya lah, kita boleh kutip resit tu, letak dalam tong sampah. Kebetulan ada public tertengok perbuatan kita, so mudah-mudahan public tersebut akan buat benda sama di lain hari. So tempat bersih, komuniti sana pun tak terjejas imej dekat orang luar.

Musim Covid-19 ni siapalah yang mahu bersihkan… Rajinlah pulak nak cari paip basuh tangan.

Kalau nak buang kenapa print?

CIMB tak nak caj 20 sen ke untuk print resit? Boleh buat duit tu…

Walaupun tong sampah situ kecil, tak salah kalau kita simpan dalam poket ke dompet dulu, jumpa tong sampah nanti buang.

Rasanya resit ATM tu optional tapi rakyat Malaysia macam tetap nak tengok resit untuk 10 saat sebelum dibuang. Pembaziran. Sedangkan CIMB Click ada.

Patut public yang kena tolong. Tolong jaga attitude tu.

SinarPlus bersetuju jika semua orang jaga sikap dan bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan, benda seperti ini tidak akan timbul.

Iklan

Sama-sama kita jaga kebersihan walau di mana kita berada.