‘Kalau Neelofa notice ni mesti akak aku happy’

June 9, 2020
Azimah

BAYANGKANLAH rupa wajah kita sama seperti seseorang yang berpengaruh dan dikenali, pastinya sedikit sebanyak akan terlekat rasa gembira di hati bukan?

Mana tidaknya, hendak ke mana-mana, mata akan memandang kehadiran pelanduk dua serupa. Bukan senang untuk mendapat perhatian orang lain, apatah lagi empunya diri memberikan respons tentang wajah ‘kembar’ mereka itu.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang dikatakan kepada mirip pelakon dan personaliti Noor Neelofa Mohd Noor.

Dikenali sebagai Tris @afinabalqisss beliau mendapat perhatian netizen apabila ciapan adiknya di Twitter mendapat respons Neelofa sendiri.

Terdahulu, adik Tris, Astilbe @mimishrl memuatnaik ciapan berbunyi:

‘kalau @Neelofa notice ni mesti akak aku happy’ berserta video Tris yang sedang ber’TikTok’ ala wajah Neelofa.

Menariknya, perkongsian berkenaan turut dibalas Neelofa dengan ciapan @Neelofa:

‘Kakak u lagi cantik tau’.

Dalam masa sama, membalas komen netizen terhadap ciapan adiknya itu Tris membalas:

Hi everyone, im actually not look like her in real life. Dont hate me & i just doing this for fun. Its just a makeup & fake moles. Yes, im way too far to compare. Im not tryna be her,its just me & makeup. Im so sorry for those hatred, love u guys 🙂 Red heart

(Hai semua, saya sebenarnya tidak kelihatan seperti dia dalam kehidupan sebenar. Jangan benci saya & saya hanya melakukan ini untuk suka-suka. Ini hanya kesan solek & tahi lalat palsu. Ya, terlalu jauh untuk dibandingkan. Saya tidak cuba menjadi dia, hanya saya & solekan. Saya minta maaf atas kebencian itu, sayang awak 🙂 Hati merah)

Dalam pada itu, perkongsian tersebut yang tular mendapat pelbagai respons dan komen netizen:

first time jumpe someone who looked like neelofa

weyh sebijikSmiling face with heart-shaped eyes fotostat ke ni

omg ingtkan neelofa sumpah sebijik

She’s more neelofa than neelofa Face with open mouthFace with open mouthFace with open mouth

OMG WHATTT I thought that was Lofa until I read the caption

Anda pula, muka sama dengan siapa? Moga yang baik dapat kita contohi. -AG #JanganPutusAsaMalaysia

Komen

About Azimah

Biodata Penulis