NAMPAK senang je kan cara nak jaga berus gigi atau lebih senang tak perlu jaga. Nak gosok, ambil. Dah sudah letak saja dekat sinki atau dalam bekas berus gigi.

Namun sebenarnya kebersihan berus gigi sebenarnya sangat penting. Tetapi malangnya, tidak semua orang mengambil berat tentangnya.

Jadi, ini adalah beberapa cara nak jaga berus gigi kalau tak nak ianya menjadi sarang kuman.

1.Jangan simpan berus gigi dalam tandas

Perasan tak sinki dalam bilik air mesti berada berdekatan dengan mangkuk jamban. Kalau anda nak tahu, setiap kali flush bakteria daripada najis itu akan naik beberapa meter ke udara.

2.Jangan letak berus gigi dekat dengan berus gigi orang lain

Mulut adalah bahagian badan yang paling banyak ada bakteria. Sebab, mencampurkan beberapa sikat gigi dapat membuat permukaan bulu berus saling melekat dan meningkatkan risiko perpindahan bakteria dari satu berus gigi ke berus gigi lainnya.

3.Jangan simpan berus gigi dalam keadaan tertutup

Semua orang tahu bakteria suka merebak dalam keadaan lembap. Jadi jangan letak berus gigi dalam almari ke, atau pakai penutupnya.

4.Pastikan berus gigi dalam keadaan menghadap ke atas

Letakkan berus gigi dalam posisi tegak, iaitu bulu berus gigi ke atas dan pemegangnya ke bawah. Jadi ini dapat beri bulu berus gigi untuk bernafas.

Iklan

5.Tukar berus gigi anda selalu

Kita selalunya tahu bilakah kita harus tukar berus gigi kita. Kebiasaannya, berus gigi harus ditukar selepas tiga ke empat bulan digunakan. Jangan tunggu sehingga ia menjadi terlalu usang dan tidak boleh membersihkan gigi anda dengan sempurna.

Cara penyimpanan berus gigi tidak semudah yang orang ramai fikirkan kerana berus gigi anda boleh mengandungi berjuta-juta bakteria.

Pastikan anda simpan berus gigi anda di tempat yang ia boleh kering dengan mudah dan cepat. Anda juga harus elakkan daripada meletakkan kesemua berus gigi dalam satu bekas kerana kuman boleh berpindah dengan mudah.

Iklan

Kebanyakan kita menyimpan berus gigi di dalam bilik air yang merupakan tempat penuh dengan bakteria. Maka, jangan letak berus gigi anda berdekatan sinki atau tandas kerana bakteria daripada situ boleh berpindah melalui udara dan sampai ke berus gigi anda.

Pastikan anda menutup penutup mangkuk tandas sebelum mengepam air.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNSPLASH