Kanak-kanak tercampak ketika u-turn dirempuh 2 kereta lain, ini pentingnya ‘child lock’ & ‘car seat’

SEJAK semalam tular satu video di media sosial memaparkan kejadian cemas di mana seorang kanak-kanak didapati tercampak keluar dari kereta yang dinaikinya pada Selasa.

Menerusi video tular itu, kejadian itu berlaku ketika kenderaan terbabit sedang membuat pusingan U di sebuah jalan dipercayai di Kota Bharu, Kelantan.

Insiden itu disyaki berpunca daripada kecuaian si penjaga yang tidak mengunci pintu di bahagian penumpang belakang sekali gus mengakibatkan kanak-kanak perempuan itu tercampak keluar.

Lebih cemas lagi apabila mangsa kemudian dirempuh dua kenderaan lain yang gagal menekan brek.

Namun, beberapa penunggang motosikal yang menyedari kejadian itu telah datang membantu mangsa.

Difahamkan, mangsa dipercayai mengalami kecederaan ringan memandangkan dia dilihat masih boleh berdiri dan berjalan ke arah penunggang motosikal yang membantunya.

Setakat artikel ditulis, pihak polis dipercayai masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan.

Kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku di negara kita.

Sebab itu penting untuk menggunakan child lock (pintu tak boleh buka dari dalam kereta) untuk tempat duduk belakang kereta terutamanya mereka yang ada anak kecil.

Baca juga Wah, ibu bapa B40, M40 boleh dapat subsidi car seat untuk anak! 10 info syarat, cara mohon

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Ini cara menggunakan child lock;

1. Setiap kereta pun ada child lock, ada di sisi pintu kereta.

2. Tolakkan saja child lock ke bawah.

3. Bila ditolak, anak dari dalam kereta tak boleh lagi buka dari dalam.

Kita pun tak jadi takut sangat kalau anak bermain pintu atau sebagainya. Mak ayah yang tak setup lagi child lock ni, buatlah sekarang, lagi-lagi kalau anak kalian aktif orangnya.

Iklan

Selain itu, penggunaan car seat juga sangat penting buat mereka, antara sebabnya;

1. Pediatric Trauma melaporkan bahawa dalam kemalangan, Rear-Facing seats akan membuai dan bergerak bersama kanak-kanak dalam seat untuk mengurangkan tekanan pada leher mereka dan saraf tunjang mereka yang rapuh. Kita perlu ingat bahawa kekuatan tulang meningkat dengan usia, bukan saiz, jadi walaupun anak anda besar untuk usia mereka, tulang belakang mereka masih perlu dilindungi.

Baca juga “Nasib tingkap cermin tu dah child lock! Tingkat 20 anak oi!” – Anak Nourul Wahab Depp alami tidur berjalan

2. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, memasang seatbelt kanak-kanak di car seat bayi yang bersesuaian seperti umur dan saiz, booster seat dan tali pinggang keledar dapat mengurangkan risiko kecederaan serius dan juga maut.

Kredit foto: Generate by Midjourney

Untuk pengetahuan, car seat bayi mengurangkan risiko kecederaan dalam kemalangan:

Iklan
  • Sebanyak 71–82% untuk kanak-kanak, jika dibandingkan dengan memakai tali pinggang keledar sahaja.
  • Tempat duduk booster dapat mengurangkan risiko kecederaan serius sebanyak 45% untuk kanak-kanak berumur 4–8 tahun, jika dibandingkan dengan memakai tali pinggang keledar sahaja.
  • Bagi kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa, memakai tali pinggang keledar mengurangkan risiko maut dan kecederaan serius sebanyak separuh.

Allahuakbar semoga anak kecil itu tak mengalami apa-apa yang serius. Inilah pentingnya anak duduk dalam car seat.

Sekiranya tak ada car seat, at least pasang la child lock ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!