Sesuailah... Ayat pedih buat mereka yang masih berdegil! 

No Image Caption
A
A
A

KASAR bunyinya tetapi memberi maksud cukup mendalam. Itulah mesej yang cuba disampaikan melalui kain rentang yang dipasang di persimpangan jalan Taiping-Beruas yang tular baru-baru ini.

Apa yang menarik, kata-kata peringatan dipaparkan dalam kain rentang tersebut memberi 'pilihan' kepada mereka masih berdegil melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan kerajaan.

Ayat peringatan yang berbunyi "Kita ada beberapa pilihan? A. Duduk di dalam rumah, B. Duduk di dalam lokap, C. Duduk di dalam hospital dan D. Duduk di dalam kubur."

Cukup pedih namun itulah yang cuba disampaikan golongan prihatin bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang mencatatkan jumlah kematian cukup membimbangkan.

Bukan sahaja di Malaysia, peringatan ayat-ayat 'ganas' seumpama itu turut dilaksanakan di negara terjejas khususnya di China supaya rakyat memahami kesukaran membendung wabak bahaya itu tanpa kerjasama semua pihak.

Berikut Sinar Plus kongsikan beberapa gambar kain rentang peringatan yang tular seluruh dunia untuk mendidik masyarakat supaya mematuhi arahan demi kebaikan bersama.

peringatanPERINGATAN supaya sentiasa memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan wabak Covid-19 sangat ditekankan di China.

peringatanAYAT sentap yang dipasang pada kain rentang di China cukup memberi kesan yang mendalam kepada rakyatnya.

peringatanPERINGATAN pegawai polis yang meminta orang ramai patuhi arahan #stayathome dan jangan sampai terjumpa dengan hakak!

peringatanKAIN rentang yang dipasang AMK Permatang Pauh yang tular dalam media sosial.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca