Kawal & elak serangan gastrik ketika puasa, doktor saran pesakit buat 6 perkara ini

BULAN Ramadan kembali lagi. Bagi seluruh orang Islam, pastinya ia adalah momen yang paling dinanti-nantikan.

Menjalani ibadah puasa sememangnya buatkan kita teruja. Namun ada sesetengah yang mudah terkena sakit perut atau gastrik, terutamanya pada beberapa hari terawal puasa.

Itu berlaku kerana dalam bulan puasa, pola pemakanan kita akan berubah.

Pada waktu siang semasa perut kosong, peningkatan asid di dalam perut boleh berlaku dan menyebabkan keradangan perut, loya, muntah atau berasa pedih pada ulu hati.

Jadi, bagi pesakit gastrik atau anda yang selalu sakit perut bila lewat makan, jom ketahui beberapa tip ini untuk membantu anda mengawal gastrik agar dapat berpuasa dengan lebih lancar dan selesa tanpa kesakitan.

Amalkan;

1. Berbuka dengan kuantiti yang sederhana.

2. Jarakkan pengambilan makanan.

3. Menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur.

4. Minum banyak air masak (sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter sehari).

Mengikut saranan KKM, anda sepatutnya boleh mencukupkan 8 gelas air sehari dengan jadual minum air seperti berikut:

-1 gelas ketika bangun sahur
-1 gelas selepas makan sahur
-1 gelas semasa berbuka puasa
-1 gelas selepas makan
-1 gelas selepas solat maghrib
-1 gelas selepas solat isyak
-1 gelas selepas solat terawih
-1 gelas sebelum tidur

Baca juga Rebut tawaran istimewa sempena Ramadan dalam edisi khas SinarPlus Komuniti Shah Alam

Latih anak berpuasa, ini cara berkesan ajar berperingkat ikut waktu solat

5. Banyakkan makan makanan berkarbohidrat kompleks (beras perang, oat).

6. Jika sedang makan ubat gastrik, makan waktu sahur. Jika ubat dua kali sehari, makan waktu sahur dan berbuka. Jika ubat tiga kali sehari, makan waktu sahur, berbuka dan sebelum tidur.

Elakkan;

1. Makanan bergoreng.

2. Makanan dalam tin (tinggi kandungan asid).

3. Minuman bergas.

Iklan

4. Makanan yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (limau, oren, tomato).

Baca juga Buat sendiri solok lada tak susah pun, puas hati makan. Wanita tunjuk cara frozen untuk Ramadan

5. Minuman tinggi kafein (teh dan kopi).

6. Merokok.

7. Berbuka dengan kuantiti yang banyak.

8. Tidur sebaik sahaja bersahur dan berbuka.

Iklan

Selain mengawal pemakanan, cuba elakkan stres dan amalkan gaya hidup sihat. Beberapa kajian menyatakan bahawa stres boleh menyebabkan peningkatan asid perut.

Jika kerap sakit, berbincanglah dengan doktor tentang keadaan anda berkaitan masalah yang dihadapi ketika berpuasa.

Ingat, Islam itu agama yang indah dan tidak memaksa umatnya melakukan sesuatu yang di luar kemampuan mereka.

Selamat berpuasa!

Sumber: #MedTweetMY

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.