Tak sempat ganti puasa tahun lepas? Ini kadar fidyah setiap negeri ditetapkan Jakim

TAK sempat ganti puasa Ramadan tahun lepas atau sebelumnya? Ini kadar fidyah 2023 yang perlu dibayar.

Fidyah merupakan denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pembayaran fidyah hukumnya wajib. Ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Sekiranya tak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada ALLAH SWT.

Berikut adalah kadar bayaran fidyah mengikut negeri-negeri seluruh Malaysia tahun 2022/2023;

Kedah: RM1.80
Gandaan : Pilihan atas kemampuan
Kalkulator online & Bayaran online: http://www.maik.gov.my/

Perlis: RM5.00
Gandaan : Tidak dikenakan
Bayaran online : https://www.maips.gov.my/ (Bayaran bank melalui bank transfer)

Pulau Pinang: RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator online : http://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php

Perak: RM1.90
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : https://fidyah.maiamp.gov.my/

Selangor: RM2.00 (*RM2.00 / RM4.00 / RM6.00 ikut jenis beras dimakan)
Gandaan : Ya
Kalkulator online : https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/

Baca juga Pendarahan ketika hamil, adakah ibu masih perlu solat dan puasa? Ini jawapan agamawan

Wilayah Persekutuan: RM4.00
Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan
Kalkulator Online : https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah

Negeri Sembilan: RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator online : https://www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php

Melaka: RM1.80
Gandaan: Ya
Kalkulator Online : https://fidyah.maim.gov.my/

Johor: RM1.75 (*Kadar RM1.75 / RM3.25 ikut jenis beras dimakan)
Gandaan : Ya
Laman web: https://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah

Pahang: RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : https://zakatpahang.my/fidyah/

Terengganu: RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : http://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php

Kelantan: RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator online : https://zakat.e-maik.my/v8/kalkulator/kira_fidyah.php

Sarawak: RM1.75
Gandaan : Ya

Sabah: RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : https://baitulmal.sabah.gov.my/kalfid.php

Cara Kira Fidyah 2023;

Iklan

Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak. Ia berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat.

Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.

Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah;

Bilangan hari tidak berpuasa X kadar fidyah = Fidyah yang perlu dibayar.

Baca juga 4 puasa sunat bulan Muharam, terbaik selepas Ramadan, ini yang perlu wanita tahu

Apa itu gandaan fidyah?

Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.

Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2016 (1437 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2017 (1438 H) sehingga 2022 (1443 H).

Iklan

Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:

Tahun pertama 1437 H hingga 1438 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadan berikutnya.

Bilangan hari tidak berpuasa X kadar fidyah X Bilangan tahun yang ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar

Semoga bermafaat dan jangan lupa membayar fidyah!

Baca juga 4 puasa sunat bulan Muharam, terbaik selepas Ramadan, ini yang perlu wanita tahu

Sumber: Jakim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, InstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.