Kayu manis bantu kurangkan kolesterol jahat

A
A
A

MENJAGA sistem imun badan merupakan salah satu cara untuk lindungi tubuh badan daripada pelbagai virus.

Banyak cara yang dapat anda lakukan untuk menjaga imun badan seperti rajin makan vitamin dan bersenam.

Cara tradisional yang sudah menjadi amalan turun-temurun masyarakat kita terdahulu adalah dengan meminum air jamu atau mengambil rempah ratus.

Rempah-ratus terbukti dapat memperkuatkan daya tahan tubuh kerana kaya demgan antioksidan. Salah satu rempah yang anda boleh amalkan ialah kayu manis. Ini manfaat kayu manis untuk badan anda!

1. Kaya dengan antioksida

Kita semua tahu pentingnya antioksidan untuk sistem kekebalan tubuh. Radikal bebas di  sekeliling kita setiap hari melemahkan sel tubuh dan membuatkan anda jatuh sakit. Manfaat kayu manis yang kaya dengan antioksida dapat melindungi dan memperbaiki sel tubuh daripada masalah ini.

2. Melawan diabetes

Salah satu kelebihan kulit kayu manis ialah ia boleh membantu gula rendah di dalam darah dan kesensitifan hormon insulin, iaitu hormon penting dalam memastikan aras gula seimbang. Kulit kayu manis membaiki reseptor supaya lebih responsif terhadap insulin.

kayu manis

3. Antiradang

Kulit kayu manis juga boleh membantu badan manusia melawan jangkitan dan membaiki tisu rosak. Memakan kulit kayu manis secara tetap boleh membantu mengurangkan kerandangan sistemik. Selain itu, disebabkan sifat kulit kayu manis yang antiradang dan mengurangkan bengkak, ia boleh digunakan untuk mengurangkan sakit otot, kejang sesama haid dan allergik.

4. Mencegah kanser

Kulit kayu manis juga dikatakan berpotensi digunakan untuk mengurangkan risiko dan mencegah kanser. Untuk mengamalkan khasiat kayu manis, anda boleh campurkan serbuk kayu manis dengan minuman atau makanan.

5. Menurunkan kolesterol jahat

Kolesterol yang tinggi sangat berbahaya untuk kesihatan tubuh kerana berpotensi menyerang saluran jantung. Khasiat kayu manis dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Boleh diamalkan dalam minuman anda seharian berserta dengan madu. Caranya mudah sahaja, anda campurkan 1 susu madu dan 1 serbuk kayu manis di dalam air teh.

Sumber: Tokopedia.com/Unsplash

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca