BAGI menggalakkan lagi amalan serta budaya hidup sihat, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan RM430,000 dana bagi menjayakan Program Senamrobik Komuniti (PSK).

Program yang membabitkan 43 kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta perumahan awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu diadakan secara mingguan dan percuma.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, PSK bertujuan untuk meningkatkan lagi capaian masyarakat dalam aktiviti sukan.

hannah

“Kita mula melancarkan program (PSK) di lokasi-lokasi PPR seluruh kawasan Parlimen di Kuala Lumpur kecuali kawasan Segambut yang tiada PPR.

“Program itu dikendalikan secara profesional oleh jurulatih yang di bawa oleh KBS. Program ini juga akan diteruskan sehingga Disember tahun ini,” katanya ketika merasmikan PSK di PPR Seri Selangor baru-baru ini.

HANNAH
Hannah Yeoh

Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut menambah, pemilihan PPR serta taman perumahan awam yang terlibat dalam PSK itu dibuat berasaskan kepadatan penduduk yang tinggi selain memiliki kurang kemudahan rekreasi.

“Senamrobik mingguan ini merupakan aktiviti riadah yang sesuai untuk semua peringkat usia, bermula daripada kanak-kanak sehinggalah warga emas.

“Melalui program yang dibiayai sepenuhnya oleh KBS ini, saya berharap semua komuniti akan menjalani gaya hidup yang lebih sihat,” jelasnya.

Tawaran penyertaan tertinggi
Bagi meningkatkan lagi penyertaan masyarakat, KBS turut menyediakan insentif RM20,000 kepada mana-mana persatuan penduduk di kawasan terlibat yang berjaya mengumpul penyertaan paling ramai dalam PSK.

HANNAH(dua dari kiri) melancarkan PSK di PPR Seri Selangor pada Sabtu sambil disaksikan Kok Wai (tiga dari kanan).

Persatuan penduduk yang mencatatkan penyertaan paling tinggi akan diumumkan pada penghujung tahun 2024.

Justeru, Hannah menggesa agar persatuan penduduk, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan pemimpin masyarakat di kawasan terlibat supaya menghebahkan kepada para penduduk di komuniti masing-masing.

“Kejayaan PSK ini bergantung kepada usaha pihak komuniti dalam menarik minat masyarakat untuk mengikuti senamrobik ini,” ujarnya.

Selain PPR Seri Selangor, antara kawasan perumahan lain yang dijangka terlibat dengan PSK ialah PPR Cochrane, PPR Jelatek, PPR Pudu Ulu, PPR Desa Petaling dan PPR Desa Tun Razak.

Iklan
PSK diadakan bagi meningkatkan capaian komuniti PPR dan perumahan awam di Kuala Lumpur terhadap aktiviti sukan dan riadah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Cheras, Tak Kok Wai berharap para penduduk PPR memanfaatkan inisiatif yang diberikan oleh KBS dalam usaha mengubah gaya hidup ke arah lebih sihat.

Menurutnya, berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai kadar obesiti, negara ini berada pada tahap agak tinggi.

“Ramai penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dan menjadi antara negara yang mencatatkan kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara.

“Masalah kegemukan boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan sebagainya,” kata Kok Wai.

Iklan

Untuk maklumat lanjut mengenai PSK, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.kbs.gov.my/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!