BAGI mereka yang teringin untuk melancong ke Korea, barangkali boleh melepaskan kerinduan dengan berkunjung ke kedai ‘reserve’ emart24 pertama di negara ini yang terletak di Bangsar Selatan, Kuala Lumpur.

Kedai serbaneka yang cukup popular di Korea itu menjanjikan item terbaik termasuk makanan street food yang fresh dan minuman kopi premium.

Bukan itu saja tau, ada makanan ringan eksklusif dengan label tersendiri iaitu ‘I’m e’ dan ‘No Brand’ selain rangkaian kecantikan K-beauty pada harga cukup berbaloi.

emart24 kedai serbaneka Korea

Berkongsi keunikan emart24, Ketua Pegawai Eksekutif emart24 Malaysia, Vuitton Pang berkata, pihaknya bertekad untuk menawarkan pengalaman luar biasa bagi mengiktiraf semangat kecintaan rakyat Malaysia terhadap trend Korea.

“Slogan, Hello, neighbour! membuatkan emart24 lebih dekat dengan komuniti setempat.

“Kami membawakan konsep kedai serbaneka terbaru dengan pengalaman peruncitan Korea yang mudah dan mampu milik. Kami percaya keselesaan dalam kehidupan harian harus sinonim dengan trend masa kini,” ujarnya.

emart24 kedai serbaneka Korea

Pada masa sama, emart24 yang dikendalikan Shinsegae Group itu juga merupakan jenama pertama yang memperkenalkan kedai serbaneka tanpa pekerja, bergerak ke hadapan dengan penerapan teknologi canggih.

Ujar Vuitton, kumpulan peruncit terbesar negara republik itu terus meneroka peluang untuk menaik taraf perkhidmatan dengan pelbagai idea inovatif termasuk kios pembayaran sendiri dan penjejakan pembelian.

“Ketika semua berdepan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir, perniagaan dan pengguna lebih cenderung memilih pembayaran tanpa sentuhan.

emart24 kedai serbaneka Korea

“Justeru, berbekalkan kemajuan teknologi emart24 di Korea, matlamat jangka panjang kami adalah untuk memperkenalkan inovasi ini secara berperingkat di Malaysia,” katanya

Apa lagi yang menarik mengenai emart24? Elemen gaya dekorasi yang terkini, bergaya dan artisan menyuntik nafas baharu kepada stereotaip kedai serbaneka berdinding putih.

Siapa sangka, emart24 sudah berkembang dengan pesat apabila lebih 5,500 kedai dibuka dalam hanya 7 tahun di Korea sejak tahun 2014 dan menyasarkan 300 kedai di dalam negara dalam tempoh 5 tahun akan datang.

emart24 kedai serbaneka Korea

Selain menonjolkan ruang yang lebih besar dan reka bentuk dalaman yang unik, emart24 komited menyajikan pilihan makanan segar yang diiktiraf halal.

Iklan

Selain makanan, pelanggan juga dapat menikmati beraneka pilihan kosmetik, penjagaan diri serta wangian yang ditawarkan pengedar sah, OnlyKorea.

Dengar cerita, kedai ‘general’ yang pertama juga akan mula beroperasi di Hartamas, Kuala Lumpur tidak lama lagi dan menampilkan tawaran tersendiri seperti makanan jalanan Korea.

emart24 kedai serbaneka Korea

Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menikmati produk menarik yang disajikan terutamanya makanan autentik Korea yang diiktiraf halal.

Ini antara produk-produk menarik yang dijual di kedai ini:

1). Matcha Custard Croissant

emart24 kedai serbaneka Korea2). Cheesy Sausage Pastry

emart24 kedai serbaneka Korea

Iklan

emart24 kedai serbaneka Korea3). Fatcaron Deluxe

emart24 kedai serbaneka Korea4). Kimchi Chicken Sandwich

emart24 kedai serbaneka Korea5). Bulgogi Chicken Samgak Gimbap

emart24 kedai serbaneka Korea

emart24 kedai serbaneka Korea6). Charcoal Coconut

emart24 kedai serbaneka Korea7). Twist (Bungeoppang Cone)

emart24 kedai serbaneka Korea8). Grill Salmon Cupbap

emart24 kedai serbaneka Korea9). K Spice Cupdak

emart24 kedai serbaneka Korea10). Bolognese Cheese Chicken Pau

emart24 kedai serbaneka Korea11). Injeolmi Snow Bingsu

emart24 kedai serbaneka KoreaEh! Ada banyak lagi tau.

emart24 kedai serbaneka Korea

emart24 kedai serbaneka Korea

emart24 kedai serbaneka KoreaUntuk promosi terkini dan maklumat lanjut, layari www.emart24.com.my atau ikuti laman Facebook emart24 Malaysia di www.facebook.com/emart24.my/ serta Instagram di www.instagram.com/emart24.my/.