TAHUKAH anda selain sabun digunakan untuk membersihkan diri ketika mandi, ia juga banyak kegunaan lain. Ini antara kegunaan sabun SinarPlus ingin kongsikan.

1. Menghilangkan wap pada cermin mata

Anda yang memakai cermin mata, selalu tak hadapi masalah cermin berwap? Ini cara nak elakkan cermin mata berwap. Ambil sabun buku dan sapukan pada cermin mata anda kemudian lapkan ia dengan kain. Pasti cermin anda tidak berwap apabila berada di suhu bilik yang berbeza dan bersih berkilat.

2. Pewangi almari

Sabun buku juga boleh dijadikan sebagai pewangi almari baju. Caranya, potong kecil sabun buku dan letakkan ia di dalam pembalut kertas kecil atau penggantung kain kecil. Letakkan ia di dalam almari. Pasti almari anda akan bau wangi semerbak.

3. Menghilangkan wap pada cermin bilik air

Seperti cara cermin mata tadi, lakukan perkara yang sama pada cermin bilik air anda. Sapukan sabun buku pada cermin dan lap dengan kain. Cara ini dapat mengelakkan cermin bilik air anda berwap ketika suhu bertukar.

Iklan

4. Menutup lubang pada dinding

Sekiranya dinding anda terdapat kesan lubang seperti lubang paku, anda boleh menutupnya dengan menggunakan sabun buku. Caranya hanya gosokkan sabun buku pada lubang itu dan siap! Dinding anda kini tidak lagi berlubang.

Iklan

Ini antara kegunaan sabun selain untuk mandi. Semoga bermanfaat untuk anda.

Penulis: Suhaila Ali
Sumber: Unsplash dan liputan6.com