Kejam! Ibu jumpa anak usia 3 tahun diikat, kepala tersepit pokok, kaki tangan ditoreh. 10 fakta berkaitan

Budak 4 tahun tak tahu guna tandas maut dibelasah bapa tiri, ini kronologi kejadian
Budak 4 tahun tak tahu guna tandas maut dibelasah bapa tiri, ini kronologi kejadian
A
A
A

Kejam! Ibu jumpa anak usia 3 tahun diikat, kepala tersepit pokok, kaki tangan ditoreh. 10 fakta berkaitan

MAYAT seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun ditemukan dalam keadaan tragis selepas terdapat kesan torehan pada kaki dan tangan yang diikat dengan tali serta kepala tersepit pada pokok.

Lagi bertambah sedih apabila mayat kanak-kanak itu dijumpai oleh ibunya sendiri setelah menyedari hilang daripada pandangan dalam tempoh tiga jam.

Difahamkan kanak-kanak tersebut dipercayai dibunuh sebelum ditemui ibunya itu di kawasan semak di Kampung Panji, Lahad Datu, Sabah sekitar jam 3 petang kelmarin.

Menurut Timbalan Ketua Polis Lahad Datu, Superintendan Azmir Abdul Razak, berikut fakta berkaitan;

1. Mayat mangsa ditemui di kawasan semak di Kampung Panji oleh ibunya sendiri kira-kira jam 3 petang, Sabtu.

2. Pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat mangsa daripada talian kecemasan 999.

3. Mayat ditemui dalam keadaan berdarah dan terdapat kesan ikatan pada bahagian tangan kanak-kanak itu.

4. Menurut ibu mangsa yang berusia 20-an, anaknya keluar bermain namun tidak pulang ke rumah dan kali terakhir dilihat pada jam 12 tengah hari, Sabtu.

Baca juga Tragis! Wanita maut di tangan suami ditembak lebih 5 das, 10 info kejadian

polis

5. Ibu mangsa berusaha mencari di sekitar kampung dan hanya menemui anaknya pada jam 3 petang dalam keadaan mengalami kecederaan luka bahagian kepala, kedua belah tangan dan kaki kiri manakala tangan sebelah kanan diikat menggunakan tali.

6. Ibu mangsa segera mendapatkan bantuan daripada orang ramai bagi menghubungi pihak polis.

7. Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa dalam keadaan tangan kanan terikat, kepalanya turut tersepit antara dua belah pokok.

Baca juga Kanak-kanak disangka lemas rupa-rupanya dibunuh kejam keluarga sendiri. Ini kronologi kes Logan Mwangi

8. Selain itu, kepala mangsa juga cedera dipercayai dicederakan menggunakan objek tajam serta kesan torehan pada kedua belah tangan dan kaki kiri.

9. Bertindak atas maklumat daripada orang awam, seorang lelaki warga asing berusia 30-an berjaya ditahan.

9. Lelaki itu adalah individu terakhir yang dilihat bersama dengan mangsa dan tangkapan mendapati suspek positif menggunakan dadah serta dipercayai kurang siuman.

10. Turut ditahan kedua ibu bapa mangsa masing-masing berusia 20-an dan 30-an. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

Baca juga Dipukul cota besi Kamal Adli cedera kepala hingga ditidurkan, Uqasha trauma dedah pelaku warga Singapura dan siuman

Dalam pada itu, Azmir turut menasihatkan agar orang ramai di daerah ini tidak panik dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Selain itu, peringatan buat ibu bapa di luar sana, jangan biarkan anak-anak kita bermain bersendirian dan jagalah keselamatan mereka.

Pelbagai kejadian boleh berlaku walau hanya dalam sekelip mata.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca