Kekalkan aroma daun pandan lebih dari 3 hari tanpa hilang aromanya

A
A
A

PEMILIHAN daun pandan yang segar sangat penting untuk digunakan di dalam masakan bagi memastikan hidangan yang dimasak beraroma wangian pandan.

Tetapi daun pandan ini susah kalau hendak disimpan lama meskipun diletakkan di dalam peti sejuk sekali pun akan layu dalam kurang daripada tiga hari dan hilang aromanya.

Jadi anda boleh guna kaedah ini:-

Jadi ada dua cara yang boleh dipraktikkan untuk menyimpan daun pandan ini agar kekal beraroma dalam tempoh yang panjang dan memudahkan anda untuk menyediakan bahan masakan yang menggunakan ramuan pandan di dalam resipi.

Kaedah 1:

Masukkan daun pandan di dalam beg plastik dan kemudian ikat kemas. Setelah itu barulah disimpan di dalam peti sejuk dan tempatkan di bahagian penyimpanan sayur-sayuran.

Kaedah 2:

Jadikan pati pandan. Begini cara membuatnya:

- Daun pandan dicuci bersih

- Masukkan ke dalam mesin pengisar bersama sedikit air

- Kisar sehingga halus

- Tapis dan ambil pati pandan tersebut

Mudah je kan? Bila kita dah tahu trik untuk memastikan pandan yang disimpan kekal beraroma tentu sahaja tidak risau lagi.

Lepas ni kalau dah guna ada je stok pandan tu kan , pati pandan ini boleh dibekukan dan boleh digunakan pada bila bila masa.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Fb Shaz Abdul

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca