Keluarga Makcik Kiah dapat penjimatan berganda dengan Unifi

Keluarga Makcik Kiah dapat penjimatan berganda dengan Unifi
Keluarga Makcik Kiah dapat penjimatan berganda dengan Unifi
A
A
A

BOSAN ke duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini? Anda akan bosan jika tiada aktiviti yang dibuat sepanjang tempoh tersebut.

Perkara paling menyeronokkan bagi mengisi masa terluang adalah melayari internet, betul tak?

Tambahan pula zaman sekarang bahan berita pun boleh diperoleh dengan cepat hanya di hujung jari. Walaupun terkurung di dalam rumah anda masih tidak terputus dengan dunia luar sepenuhnya.

Oleh yang demikian Sinar Plus ingin kongsikan berita baik yang diumumkan oleh Unifi baru-baru ini

Unifi akan terus menawarkan sokongan bagi kemudahan pelanggan yang berada di rumah susulan pengumuman lanjutan PKP sehingga 14 April ini.

Pakej itu termasuk pas hotspot percuma LTE 999 GB bagi pelan mudah alih tanpa had Unifi, pas data LTE tanpa had selama tujuh hari bagi prabayar mudah alih #BEBAS dan akses percuma untuk semua saluran televisyen unifi termasuk saluran premium dan potongan 20 peratus bagi pembelian khidmat ‘video-on-demand.’

Mari Sinar Plus rungkaian jika keluarga Makcik Kiah memiliki pakej sokongan yang ditawarkan oleh Unifi sepanjang tempoh PKP berapa nilai penjimatan yang mereka perolehi.

Pakej yang boleh dinikmati oleh keluarga Makcik Kiah adalah seperti berikut :

1. Makcik Kiah

Pelan pascabayar Unifi Mobile

-Hotspot LTE 999GB percuma boleh jimat RM59.

2. Suami Makcik Kiah

Pelan pascabayar Unifi Mobile

-Hotspot LTE 999GB percuma boleh jimat RM59.

Unifi TV

-Tonton semua saluran secara percuma dan jimat RM30.

-Tonton 10 filem Blockbuster dan jimat RM20.

3. Anak Makcik Kiah

Pelan prabayar Unifi Mobile #BEBAS

-Pas 7-hari data LTE tanpa had percuma dan mampu jimat RM80.

Jadi secara keseluruhan jumlah nilai manfaat yang diperoleh oleh Makcik Kiah sekeluarga adalah RM248. Wow! Nampak gayanya menang besar keluarga Makcik Kiah.

Untung la...PM sayang...Unifi pun sayang bagi lebih penjimatan. Jadi, tunggu apa lagi? #stayathome je la guys! Contohilah keluarga Makcik Kiah!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca