KELUARGA Pakar dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Teluk Intan, Perak, Dr Samsu Ambia Ismail yang sebelum ini positif Covid-19, kini disahkan sudah sembuh.

Berita gembira itu dikongsikan anak sulung keluarga itu, Erika Syamim Samsu Ambia, 17, menerusi laman Twitter miliknya baru-baru ini.

Dalam satu kiriman, beliau berkongsi sekeping foto mereka sekeluarga dengan kapsyen, “Finally COVID free!!”.

Sebelum itu, beliau memuat naik video TikTok yang menyaksikan mereka sekeluarga menukar pakaian hospital kepada pakaian biasa.

“Okay so kitorang sekeluarga dah discharged! Thank you so much for all the kind prayers. Here’s probably our last TikTok together dekat hospital,” tulisnya.

Perkongsian gadis itu dihujani rasa gembira dan syukur netizen yang mendoakan mereka sekeluarga diberi kesihatan baik berpanjangan.

Keluarga 'Tiktok' jalani tempoh kuarantin 14 hari selepas disahkan sembuh

Erika Syamim berkata, walaupun mereka sekeluarga disahkan sembuh selepas menjalani tiga ujian dan kini perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Iklan

“Kami perlu mematuhi kuarantin yang ketat. Pihak berkuasa akan menghantar makanan dan bahan asas kepada kami,”tulisnya.

Erika Syamim dan empat adiknya yang berusia antara 8 dan 15 tahun sebelum ini menjadi perbualan di media sosial selepas beliau berkongsi video TikTok mereka yang sedang dikuarantin di hospital.

Iklan

Erika Syamim berkata selepas tamat kuarantin 14 hari di rumah, bapanya boleh kembali bertugas dan mereka boleh melakukan aktiviti normal sebagai sebuah keluarga.

Adakah TikTok juga boleh dijadikan penawar bagi menghilangkan stress sepanjang tempoh kuarantin bahupun PKP? Tak salah untuk mencuba dan paling penting #juststayathome #janganputusasamalaysia