Kemalangan depan mata, jangan sangsi, sebar dan songlap. Ini 5 cara terbaik patut buat

Cara urus kemalangan jalan raya mengikut undang-undang - Peguam
Cara urus kemalangan jalan raya mengikut undang-undang - Peguam
A
A
A

KEMALANGAN merupakan satu tragedi yang tiada siapa boleh elakkan.

Biasanya, jika kemalangan berlaku di tengah highway, mesti akan berlaku kesesakan lalu lintas yang sangat menduga iman dan hati bukan?

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Apa yang peliknya, kalau kemalangan itu berlaku di jalan yang menghala ke selatan, jalan yang menghala ke utara pun turut sama sesak sebab semua orang mahu tengok lokasi kejadian.

Tidaklah salah, tetapi biarlah keberadaan kita di situ adalah untuk membantu. Namun, apa sebenarnya kita perlu buat kalau terjadinya kemalangan jalan raya di depan mata?

3S jika terlihat kemalangan;

1. SELAMAT: Pastikan tiada di sekeliling apa-apa yang boleh korang, mangsa atau sesiapa berhampiran.

Jika ada bahaya, alihkan penyebabnya. Jika bahaya tidak boleh dialihkan, maka elakkan berada di kawasan berkenaan.

2. SEDAR: Periksa keadaan pesakit. Lihat sama ada mangsa sedar atau tidak.

Sapa, tepuk bahu atau goyang tubuh sedikit mangsa. Jika pesakit memberi respon, tanya sama ada dia OK atau tidak. Jika tidak sedar, dapatkan bantuan.

3. 999: Hubungi 999 untuk dapatkan bantuan. Korang akan disambungkan ke pusat Khidmat Respon Kecemasan Malaysia.

Beritahu operator tentang butir diri, kecemasan, lokasi dan keadaan mangsa. Ikut arahan operator di talian.

Jika pesakit tak sedarkan diri, dan korang tahu serta yakin untuk lakukan bantuan kecemasan(CPR), maka berilah bantuan sewajarnya.

Jika tidak, serahkan pada yang mampu.

Antara 10 kes tular kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk sepanjang tahun 2020

3S yang perlu dielakkan;

1. SANGSI: Elakkan sangsi dan buruk sangka pada mangsa. Ia akan mempengaruhi pertimbangan serta tindakan kita sebagai penyelamat atau pembantu atau saksi. Tindakan pantas kita pula boleh mengubah nasib mangsa atau nasib kita.

2. SEBAR: Elakkan merakam keadaan mangsa kerana ia melibatkan privasi dan kehormatan mereka. Jauhi juga perbuatan menyebarkan rakaman yang paparkan keadaan mangsa melalui media sosial tidak kira atas niat apa sekali pun.

Baca juga Tiada lagi paku, kedai makan akur arahan KKM, guna getah pengikat untuk membungkus

3. SONGLAP: Elakkan cubaan mengambil apa-apa dari kawasan kemalangan. Kawasan kemalangan adalah kawasan siasatan. Mengambil kesempatan ke atas kesusahan orang lain boleh menyusahkan mangsa dan diri sendiri.

Jika tak elakkan 3S ini, maka korang berisiko mendapat S keempat, iaitu SESAL.

Amalkan SELAMAT, SEDAR, 999! Elakkan SANGSI, SEBAR, SONGLAP.

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca