Kematian akibat kebakaran, jenazah perlu dimandikan atau cukup hanya tayamum? 

A
A
A

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

KEMATIAN adalah sesuatu yang pasti. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan saat itu.

Ini dinyatakan dalam nas dan telah difahami oleh semua manusia. Firman ALLAH SWT, maksudnya:

“Setiap jiwa pasti merasai kematian dan kepada Kami pasti kami dikembalikan.” (Surah al-Ankabut: 57).

Kematian itu datang secara tiba-tiba tanpa boleh disangka. Cara kematian juga tidak siapa yang tahu. Ia adalah rahsia ALLAH. Apabila tiba masa maka tidak akan terlambat atau tercepat walaupun sesaat.

Baca juga: 3 anak masukkan jenazah bapa sebagai content TikTok dikecam, bertentangan etika, akhlak Muslim

Secara umumnya, dalam pengurusan jenazah, perlu kita ketahui bahawa ada empat perkara penting perlu dilaksanakan iaitu mandi, mengkafankan, solat dan mengebumikan jenazah manakala hukum menguruskan jenazah ialah fardu kifayah.

Pengurusan jenazah dijalankan seperti yang lazim dilakukan bagi kematian biasa. Bagaimanapun bagi kes-kes kematian melibatkan mangsa kebakaran mungkin berbeza cara pengurusan jenazahnya.

Baca juga: Kematian dicemburui husnul khatimah, wanita meninggal dunia dalam sujud

Kredit foto: Pixabay

6-Dalam Raudhah al-Talibin, Imam al-Nawawi juga mengulas hal yang sama. Menurutnya, “Jikalau seseorang Islam terbakar sekira-kira jika dia dimandikan dia akan hancur lumat, dia tidaklah dimandikan, bahkan cukuplah ditayamumkan."

7-Begitu juga Syeikh Nawawi al-Bantani rahimahullah menyebutkan: "Dan mayat yang tidak dapat dimandikannya kerana ketiadaan air atau seumpamanya, seperti jenazah yang terbakar jika dimandikan akan hancur, maka ia ditayamumkan."

Justeru, kesimpulannya pengurusan jenazah mangsa kebakaran bergantung kepada keadaan jenazah itu sendiri.

Jika keadaan jenazah tidak terlalu terjejas, elok disempurnakan dengan cara dimandikan seperti biasa. Bagi jenazah yang keadaannya tidak sempurna, cukup hanya ditayamumkan.

Baca juga: Mengingati mati mengurangkan hasrat duniawi kita. Ketahuilah, sakit bukanlah syarat kepada kematian

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan 

Kredit foto utama: Berita RTM 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca