BAGI pencinta kucing, pastinya anda tahu apa yang kucing anda mahukan. Namun bagi anda yang baru berjinak-jinak untuk mengenali kucing, anda harus faham bahasa tubuh kucing.

Dengan ekor sahaja, kucing meluahkan perasaannya. Jom kita belajar sama-sama.

1. Ekor yang lurus tegak

Kenali gerak geri kucing anda

Ini menunjukkan yang kucing anda sangat menyayangi anda dan seronok apabila bertemu anda.

Mereka rasa selesa dengan keadaan sekililingnya. Kucing anda akan menggetarkan hujung ekornya berkali-kali.

2. Ekor sedikit bengkok seperti bukit

Kenali gerak geri kucing anda

Ini menunjukkan kucing anda berasa tidak senang atau tertekan. Ini juga menunjukkan ia ingin memberi peringatan supaya jangan mendekati mereka buat masa ini. So hati-hati korang!

3. Menyembunyikan ekor

Kenali gerak geri kucing anda

Jika kucing anda menunjukkan gaya seperti ini, ini menunjukkan bahawa kucing anda sedang murung, bersedih, stres, sakit atau terlampau takut. Sila tenangkan kucing anda secepat yang mungkin.

4. Mengipaskan ekor

Kenali gerak geri kucing anda

Iklan

Jika kucing anda berjalan dengan rileksnya sambil mengipas ngipas ekornya ke kiri ke kanan itu menunjukkan kucing anda senang relak, bersahaja dan selesa dengan kawasan sekelilingnya.

5. Goyang ekor laju-laju

Kenali gerak geri kucing anda

Apabila kucing anda mengoyangkan ekor dengan laju. Sebaiknya jangan diganggu kerana kucing anda tengah bad mood. Jauhkan diri okay nanti anda kena cakar pula.

6. Mengembangkan badan dan ekor

Iklan

Kenali gerak geri kucing anda

Sila jangan pegang atau cuba angkat kucing anda apabila ia sedang berkelakuan seperti gambar di atas. Ini menunjukkan kucing anda sedang marah atau tengah dalam pergaduhan. Jangan masuk campur, nanti kucing anda gigit anda pula bukan lawannya.

Best kan bila anda dah tahu gaya tubuh kucing? Sayangi kucing anda!

Sumber: themiawmiaw, ceritakucing
Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif