Kerajaan akan bayar semula pampasan umrah tergendala, buka semula 8 Februari ini
BARU-BARU ini berikutan peningkatan kes varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah, kerajaan memutuskan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan ibadah itu bermula 8 Januari lalu.
Pun begitu, umat Islam di negara ini mendapat khabar gembira apabila dibenarkan kembali mengerjakan umrah mulai 8 Februari ini.Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi semua jemaah bagaimanapun masih belum diputuskan dan akan ditetapkan bersama agensi pengurusan umrah selepas ini.
Ujarnya, penangguhan hanya sebulan sahaja dan umat Islam yang mahu mengerjakan umrah boleh berbuat demikian pada 8 Februari ini.
Katanya, namun SOP baru akan dibincang bersama agensi pelancongan umrah kerana hendak dipastikan apabila balik dari Tanah Suci nanti jemaah dapat pilih di mana mereka nak dikuarantinkan.
Sementara itu, lagi berita baik buat jemaah umrah yang terpaksa menangguhkan ibadat itu sepanjang penutupan sementara selama sebulan bermula 8 Januari lalu akan menerima pampasan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata walaupun tidak dapat memberikan pampasan penuh, namun harapanya dapat memberi sedikit kelegaan kepada jemaah umrah.
"Insya-ALLAH kita akan bayarkan sedikit sagu hati atau pampasan akibat daripada tidak dapat pergi ke sana. Kita akan uruskan perkara tersebut dan senarai nama kita akan rujuk kepada Kementerian Pelancongan," ujarnya.Baca juga Umrah terpaksa ditangguh, individu pulang bermula 3 Jan wajib kuarantin ditentukan NADMA
Selain itu, pihaknya juga sendang menunggu senarai nama jemaah umrah yang layak untuk mendapat pampasan berkenaan dan Tabung Haji (TH) menjadi agensi yang akan bertanggungjawab menyalurkan wang berkenaan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang