Kes Covid-19 makin meningkat, cecah tahap genting, KKM minta laksana PKPB

Kes Covid-19 makin meningkat, cecah tahap genting, KKM minta laksana PKPB
Kes Covid-19 makin meningkat, cecah tahap genting, KKM minta laksana PKPB
A
A
A

SEJAK kebelakangan ini kes harian pesakit Covid-19 yang direkodkan didapati terus meningkat dan pastinya perkara itu membimbangkan orang ramai yang kini dilihat terpaksa hidup dalam norma baharu sejak kehadiran wabak pembunuh tersebut.

Mana tidaknya jumlah kes Covid-19 yang aktif terus meningkat sehingga mencapai 24,347 kes atau hampir 85 peratus daripada 28,674 katil di hospital sudah dipenuhi dengan pesakit Covid-19.

Lebih buruk lagi, secara keseluruhan, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 125,438 kes sejak wabak ini menular.

Oleh demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan kerajaan agar beberapa tindakan diambil bagi mengurangkan jangkitan supaya ia tidak terus menular.

Antara cadangan yang disarankan adalah bagi menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) setelah Malaysia merekodkan 2,593 kes semalam.

Angka itu pastinya sangat membimbangkan dan perkara itu mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa sektor termasuk perlancongan kini telah mula beroperasi yang menyebabkan beberapa kawasan kini menjadi tumpuan yang dipenuhi ramai pengunjung.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menyuarakan kebimbangan menyifatkan sistem kesihatan kita kepada tahap yang tenat dan berada di peringkat ‘genting’ (breaking point) disebabkan kes yang kian meningkat setiap hari.

Jika PKPB dilaksanakan, ini bermaksud beberapa negeri akan berada di bawah perintah kawalan pergerakan.

Syaratnya masih sama yang mana semua diwajibkan untuk duduk di rumah tetapi perintah ini mungkin akan melibatkan beberapa negeri sahaja.

Negeri yang dilihat sangat terkesan adalah negeri Selangor yang turut penyumbang kes paling banyak secara keseluruhan semalam.

Selangor menyumbang sebanyak 965 kes baru, diikuti oleh Johor, dengan 571 kes, Sabah 405 kes, sementara ibu kota Kuala Lumpur mencatatkan 256 kes baru.

Angaka empat digit yang direkodkan setiap hari secara konsisten adalah petanda yang sangat tidak baik untuk kita semua.

Sejak gelombang ketiga yang bermula pada September akibat pilihanraya kecil di Sabah dianggap penyebab sehingga kini kes makin meningkat setiap hari dan sukan untuk dikawal.

Di mana silapnya? Rata-rata masyarakat menyalahkan ahli politik yang didakwa gagal patuh pada SOP ketika berkempen malahan ada yang culas untuk menjalani tempoh kuarantin menyebabkan virus yang dijangkiti mudah untuk menular.

Namun, ini bukan masanya untuk menyalahkan antara satu sama lain. Apa yang perlu kita buat sebagai rakyat adalah sentiasa patuh pada garis panduan yang telah ditetapkan supaya kita bukan mangsa yang seterusnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca