Kesan kuning terkena kunyit, bagaimana cara hilangkan dengan cepat?

No Image Caption
A
A
A

FUNGSI kunyit sebagai antara rempah ratus penting dalam masakan memang tidak dapat dinafikan.

Perkara biasa bagi mereka yang suka memasak, pasti melekat warna kuning kunyit di tangan kan? Basuh dengan air bukan terus boleh hilang.

Ada yang sanggup sediakan pengisar khas untuk tujuan mengisar bahan-bahan yang melibatkan campuran kunyit.

Jadi, Sinar Plus ada petua untuk memudahkan warna kunyit di tangan cepat tanggal.

1.Minyak zaitun

Tips pertama untuk menghilangkan kesan kunyit pada tangan adalah dengan menggunakan minyak zaitun. Sapukan minyak zaitun pada permukaan tangan dan kuku, kemudian ambil kain bersih dan lapkan bahagian tangan yang berminyak tadi. Ulangi cara ini hingga kesan kunyit hilang.

2.Gula pasir

Selain digunakan untuk menyedapkan makanan, rupanya gula pasir juga berguna untuk menghilangkan kesan kuning kunyit. Caranya, campurkan gula pasir dengan air suam secukupnya, lalu gosokkan pada tangan hingga kesan kuning hilang.

3.Serbuk penaik

Serbuk penaik juga dapat digunakan untuk menghilangkan kesan kunyit. Mudah saja,anda hanya perlu mencampur serbuk penaik dengan air, kemudian gosok bahagian tangan yang terkena kunyit sampai bersih.

4.Lemon

Yang ini paling menarik! Selain menghilangkan warna kunyit pada tangan, bau buah lemon yang harum cukup menyamankan. Mudah saja caranya, gosok hirisan lemon pada tangan sampai warna kunyit luntur kemudian bilas dengan air bersih.

5.Cuka epal

Tips terakhir yang anda boleh cuba adalah dengan cuka epal. Sapukan cuka epal pada permukaan tangan dan kuku, gosok perlahan sampai kesan hilang, kemudian bilas dengan air bersih.

Jika ingin menghilangkan kesan kuning kunyit pada periuk, pinggan atau mangkuk pula. Anda boleh gunakan cara ini dengan mencampurkan serbuk penaik dengan air hingga menjadi pes atau seakan tekstur ubat gigi.

Kemudian, sental pinggan atau periuk yang ada kesan kunyit tadi dengan pes tersebut. Biarkan 1-2 minit baru dibilas.

Semoga bermanfaat.

PENULIS: NURUL ADRIANA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca