Ketepikan seketika gajet, jom sertai cabaran Pepsi Blackout Hour untuk wujudkan detik berkualiti bersama insan tersayang

A
A
A

PANDEMIK Covid-19 telah menyebabkan orang ramai bergantung kepada gajet, sekali gus mewujudkan satu norma baharu yang menjadikan alatan itu sebagai pilihan untuk mewujud dan mengekalkan hubungan sosial.

Walaupun peranti pintar mempunyai pelbagai manfaatnya, tetapi ia juga menyebabkan kita kadang-kadang hilang fokus terhadap apa yang penting terutama pada waktu makan.

Justeru, bagi mengembalikan nilai dalam menikmati hidangan bersama-sama, Pepsi mengajak anda semua menyertai dan mengalami cabaran Pepsi Blackout Hour.

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu meletakkan telefon anda ke tepi sepanjang waktu yang ditetapkan, kata Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo, Jennifer Lee.

Bagi menyertai cabaran ini, orang ramai hanya perlu membeli Pepsi Black ‘Taste of Malaysia’ Edisi Terhad dan mengimbas kod QR yang terdapat padanya. Kemudian, ikuti langkah-langkah yang ditetapkan dalam laman web yang memerlukan anda untuk meletakkan telefon ke tepi selama satu jam. Sekiranya pergerakan dikesan pada telefon, penyertaan anda akan dibatalkan," katanya baru-baru ini.

Ujar Jennifer, peserta yang berjaya melengkapi cabaran akan memenangi e-Voucher Grabfood bernilai RM20 (selagi stok masih ada).

Untuk mengalami pengalaman sepenuhnya, orang ramai boleh mengunjungi cawangan restoran yang terlibat. Menariknya, korang berpeluang untuk memenangi hadiah tambahan termasuk barangan Pepsi yang menarik.

Mengulas lanjut, Jennifer berkata, pihaknya menyedari kepentingan mengeratkan hubungan dengan insan tersayang terutamanya pada waktu makan.

"Sehubungan itu, kami menggalakkan orang ramai untuk benar-benar menikmati waktu makan bersama insan tersayang menerusi cabaran Pepsi Blackout Hour.

Apa yang perlu anda lakukan hanya mengetepikan seketika gajet selama satu jam dan menumpukan perhatian kepada keluarga dan kawan-kawan, hidangan yang disaji dengan Pepsi sambil menikmati keindahan hubungan yang erat," kata beliau lagi.

Jadi, sama ada di restoran atau di rumah, pastikan anda menyertai Pepsi Blackout Hour.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Pepsi, PepsiMalaysia atau Instagram (@pepsimy).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca