Khasiat lada putih pada tubuh anda

Khasiat lada putih pada tubuh anda
Khasiat lada putih pada tubuh anda
A
A
A

LADA putih bukan sahaja menyedapkan masakan namun ia terdapat khasiatnya yang tersendiri.

Oleh itu, Sinar Plus ingin kongsikan khasiat lada putih untuk kesihatan tubuh badan.

1. Menyembuhkan sakit kepala

Haruman bau lada putih mampu memberi ketenangan. Namun memakannya juga mampu menyembuhkan sakit kepala.

Ini kerana sakit kepala adalah berpunca apabila berlakunya neuropeptida, iaitu zat P menghubungkan rasa sakit kepala kepada otak.

Namun dengan kandungan capsaicin dalam lada putih ini mampu mengurangkan rasa sakit kepala.

2. Melegakan batuk

Lada putih boleh dijadikan sebagai ubat batuk. Caranya ambil serbuk lada putih dan campurkannya dengan madu dan makan ia begitu sahaja.

Kedua-dua lada putih dan madu ini mempunyai antibiotik yang mampu melegakan sakit batuk.

3. Melegakan hidung tersumbat

Lada putih yang bersifat panas ini mampu melegakan anda apabila mengalami masalah hidung tersumbat.

Selain itu, lada putih juga mampu melawan jangkitan pada saluran pernafasan seterusnya akan memberikan anda pernafasan yang baik.

4. Menyembuhkan sakit gigi

Sekiranya anda mengalami sakit gigi turut boleh diubati dengan menggunakan lada putih.

Caranya campurkan lada putih dengan minyak cengkih atau lada putih dengan garam. Sapukan pada gigi yang sakit. Ia mampu mengurangkan rasa sakit gigi anda.

5. Mencegah perut kembung

Dengan memakan lada putih mampu mengelakkan pembentukan gas di usus yang menjadi punca perut kembung.

Ini kerana lada putih akan meningkatkan kepekatan asid klorida yang membantu melancarkan sistem pencernaan.

Itu antara khasiat lada putih dalam kesihatan tubuh badan kita. Jadikannya amalan dalam menbati kesakitan tubuh badan anda.

Penulis: Suhaila

Foto: Unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca