KITKAT Gold simbol tuah, kekayaan. Tawaran kotak eksklusif sempena Tahun Baru Cina               

A
A
A

KITKAT, jenama coklat terkemuka di Malaysia baru-baru ini memperkenalkan keluaran produk edisi terhad terbaharunya, KITKAT Gold.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Konfeksionari Malaysia dan Singapura, Nestle (Malaysia) Berhad, Frederic Porchet berkata, KITKAT Gold merupakan kombinasi dwilapis coklat bermutu tinggi dan lazat.

"Bahagian atasnya bersalut warna kuning emas yang memukau dan coklat susu di bawahnya dengan mentega dan kacang di dalamnya. Ia dibungkus dengan pek emas sebagai tanda tuah dan kekayaan.

kitkat gold

"KITKAT Gold cukup sesuai untuk dihadiahkan atau dikongsi bersama sahabat-handai atau orang yang tersayang lebih-lebih lagi pada musim perayaan," katanya.

Menurut Frederic, sempena pelancaran produk istimewa itu dan bagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, pihaknya menganjurkan Peraduan Menang Emas KITKAT yang berlangsung pada 8 Januari lalu hingga 28 Februari depan.

kitkat goldSementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia), Juan Aranols,  Nestle Ice Cream juga dengan bangganya melancarkan KITKAT Gold Ice Cream iaitu aiskrim berperisa wafer yang disalut dengan coklat putih dan dihiasi dengan serpihan wafer KITKAT.

KITKAT turut berkongsi resipi sempena dua produk baharu 'emasnya' itu termasuk Nescafe Gold yang boleh ditonton melalui https://www.youtube.com/KitKatMalaysia pada setiap minggu.

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca